• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jimat RM42 Bilion, Tak Perlu Bayar Pampasan Pada PLUS

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) selama 38 tahun lagi.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, penjimatan itu disebabkan kerajaan tidak akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS, selepas tempoh konsesi dilanjutkan sehingga 2058.

Katanya, keputusan untuk mengurangkan tol sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik PLUS seawal 1 Februari ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaru ini akan memastikan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi tamat selepas 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.

“Tiada sebarang bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada PLUS sebagai timbal balas berikutan pengurangan kadar tol berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan, bayaran tol semua lebuh raya milik PLUS diturunkan 18 peratus tahun ini dan kadar itu kekal sehingga tamat tempoh konsesi lanjutan pada 2058.

Dr. Mahathir berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada mana-mana pihak dan mengekalkan pemilikan sahamnya oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – BH Online

Tags: Konsesi TolLebuhraya PLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerbit Malaysia Terkejut Tercalon Oscar

Next Post

Harga Sayur Naik Sehingga 70% Menjelang Tahun Baru Cina

Related Posts

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

29/11/2022
0

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan supaya merancang...

24 Pusat Pemasangan RFID Disediakan Di Lebuhraya PLUS

18/04/2022
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 24 Pusat Pemasangan RFID (Identifikasi Frekuensi Radio) disediakan di sepanjang lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS)...

Next Post

Harga Sayur Naik Sehingga 70% Menjelang Tahun Baru Cina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd