Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

3,251 Kes Covid-19 Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,251 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun sedikit...

KBS Pertimbang Hoki Lelaki...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan cadangan supaya skuad hoki...

Pelaburan Saham ‘Tan Sri’:...

PETALING JAYA: Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) menggesa 400 pelabur yang menjadi mangsa...

Demi Marketing, Sampai Sanggup...

MARTABAT wanita sepatutnya diangkat serta dijaga tidak kira oleh orang lelaki atau wanita...

Janji Menggunung Imran Khan Sukar Ditunaikan

IMRAN KHAN yang sudah dilantik sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu, membawa satu harapan besar untuk perubahan di negara yang bergelut dengan pelbagai masalah itu.

Partinya berjanji mewujudkan 10 juta pekerjaan dan negara kebajikan Islam serta memulihkan imej Pakistan di mata dunia.

Semua retorik ini akhirnya menjadikan harapan padanya sangat besar dan sukar dilaksanakan.

Lagenda kriket ini yang disanjung dan dipuja peminatnya menang dalam pilihan raya bulan lalu dengan janji populis menghapuskan korupsi golongan elit dan membasmi kemiskinan.

Tetapi Khan mewarisi negara yang dibelenggu masalah termasuk ekonomi yang bakal dilanda krisis dan hubungan dengan sekutu lama Amerika Syarikat yang semakin tegang.

Hubungan dengan negara jiran Afghanistan dan India juga bermasalah.

Penentangnya mendakwa Khan membuat perjanjian dengan pihak tentera yang berkuasa dan mengatasi kuasa kerajaan dipilih rakyat.

Khan bagaimanapun menafikan yang pihak tentera membantunya.

Dalam ucapan kemenangannya, Khan mengajak India berdamai dan menggesa hubungan lebih bermanfaat untuk semua dengan AS.

Penganalisis berpendapat sama ada Khan berjaya mengharungi tempoh lima tahun sebagai perdana menteri bergantung pada hubungannya dengan general-general yang berpengaruh.

Khan bakal berdepan tindakan keras daripada tentera, nasib yang telah dialami pemimpin sebelumnya sekiranya idea dasar luarnya berbeza dengan pihak berkuasa tentera.


Parti Khan, Tahreek-e-Insaf kini terpaksa bergabung dengan parti-parti kecil untuk memperolehi majoriti tipis di parlimen, dan pada masa yang sama parti pembangkang menguasai Dewan Senat.

Ini akan menyukarkan partinya meluluskan sebarang rang undang-undang tanpa melakukan kompromi dengan pihak lain.

Pada masa yang sama, kehakiman yang semakin berpengaruh dan berani juga akan menjadi masalah kepada kepimpinan Khan.

Janji “Pakistan Baharu” kali ini memberikan harapan besar pada rakyatnya yang berjumlah 208 juta orang.

Salah satu sebab kegembiraan ramai ialah kejayaannya menewaskan dua parti yang menguasai politik Pakistan selama ini, Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dipimpin keluarga bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif dan Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan keluarga Bhutto.

Bank pusat Pakistan sudah menurunkan nilai rupee empat kali sejak Disember tahun lepas, dan defisit fiskal meningkat hingga mencapai 6.8 peratus KDNK.

Pertumbuhan ekonomi berada pada 6 peratus tetapi dijangka akan merosot memandangkan defisit tidak terkawal.

Kerajaan baharu kini mesti memilih sama ada mahu meminjam daripada China yang akan mengikat lagi hubungan dengan Beijing atau memohon bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang bakal menjadi bantuan ke-15 untuk Pakistan sejak 1980. – Reuters/Mynewshub.tv

Kategori