• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tolonglah Jangan Kaitkan PTPTN Dengan Manifesto PH”

oleh
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KODIANG – Kementerian Pendidikan meminta pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menterinya Dr. Maszlee Malik berkata ini kerana setiap peminjam apa sekali pun, mereka perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam.

“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar pinjaman itu.

“Pembangkang semua nak politikkan isu tetapi ini soal akhlak dan moral apabila pinjam duit kenalah bayar. Bayarlah walau dengan hanya RM10 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Siputeh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abd Aziz Selaiman dan para pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tiga hari lepas kesal terhadap sikap tidak amanah peminjam PTPTN yang menjadi punca jumlah tunggakan hutang pembayaran balik pinjaman tersebut menjangkau sehingga RM36 bilion.

Mahathir berkata kebanyakan daripada peminjam telah mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang tersebut.

Manifesto PH pada kempen pilihan raya umum lalu menyebut untuk menangguh pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 kebawah sebulan.

Sementara itu mengenai prestasi kerja-kerja membaik pulih infrastruktur di sekolah-sekolah daif di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar, disiapkan segera bagi memberikan keselesaan kepada guru dan murid.

“Saya sasarkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah daif dapat disiapkan kerja-kerja berkenaan sehingga hujung tahun,” katanya.

Beliau secara dasarnya tidak berpuas hati dengan kerja-kerja berkenaan kerana disifatkan agak perlahan sejak diluluskan kerajaan terdahulu.

“Sekolah di Sarawak dan Sabah yang paling banyak masalah projek yang tidak disiapkan mengikut jadual dan ada juga masalah itu di beberapa buah negeri termasuk Johor, Terengganu dan Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee MalikPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd