• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Orang Tidak Bernegara Perlu Perhatian Antarabangsa

oleh
08/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu orang tidak bernegara adalah masalah kritikal yang memerlukan perhatian masyarakat antarabangsa kerana ia boleh memberi impak negatif bukan sahaja kepada negara terbabit bahkan seluruh rantau.

Bercakap di Geneva, Switzerland, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sendiri berhadapan dengan masalah lambakan orang tidak bernegara dari rantau Asia sejak sekian lama.

“Walaupun kita tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, kita sebaliknya telah menerima sejumlah besar orang tidak bernegara dari rantau Asia terutama dari Myanmar, dan jumlahnya semakin bertambah.

“Kesannya, kita bukan sahaja terpaksa menanggung beban kewangan sebagai tuan rumah malah perlu menangani pelbagai risiko keselamatan dan masalah sosial,” kata Muhyiddin dalam ucapan wakil negara tentang orang tidak bernegara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bandar raya Eropah itu semalam.

Sungguhpun begitu, beliau menegaskan kerajaan Malaysia tetap komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi PBB Mengenai Pelarian (UNHCR)(United Nations High Commissioner for Refugees) dalam usaha menangani masalah itu.

Teks ucapan beliau diedarkan kepada media di sini.

Muhyiddin tiba pada Ahad untuk lawatan kerja empat hari ke Geneva untuk menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi Berhubung Orang Tanpa Negara yang merupakan antara program sempena sessi ke- 70 jawatankuasa eksekutif (ExCom) UNHCR.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Filippo Grandi, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR bagi membincangkan peranan Malaysia dalam menyokong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan serta membincangkan tentang pengurusan pelarian dan pencari suaka di Malaysia.

Tags: antarabangsaMuhyiddin YassinPBBtidak bernegara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerap Tukar Sistem Cukai Beri Kesan Buruk Kepada Negara

Next Post

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang Kumbahan

Related Posts

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

Next Post

Kanak-Kanak Maut Jatuh Lubang Kumbahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd