• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Da’i Farhan Didakwa Menipu

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI juara program Da’i musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita.

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, yang juga isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala untuk serahkan wang RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.

“Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin,” katanya.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.

Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut.

Portal Harian Metro melaporkan, isteri juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan.

Mangsa pernah berurusan dengan tertuduh pada 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil KKM bagi produk jamu namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa berasa tertipu. – myMetro Online

Tags: Kes Penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guan Eng Turun, Ringgit Naik? – Najib

Next Post

Mujahid Dikecam Netizen Gara-Gara #NotmyPm

Related Posts

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

08/08/2022
0

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta,...

Next Post

Mujahid Dikecam Netizen Gara-Gara #NotmyPm

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd