• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Cekup 8 Wanita Tanpa Hijab, Seksi Video Muzik

oleh
31/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Pemerintah Iran terpaksa menangkap lapan orang wanita didakwa terlibat dalam penerbitan satu rakaman video muzik yang dianggap sebagai mencolok mata, menurut laporan media tempatan.

Ini kerana kumpulan wanita dalam video tersebut didapati langsung tidak memakai hijab sekali gus mendedahkan aurat tubuh diri mereka untuk ‘bebas’ disaksikan pula oleh golongan lelaki yang bukan muhrim.

“Lapan orang yang menerbitkan klip video muzik itu disiarkan di saluran televisyen antirevolusi terkenal, dan mereka ditangkap di ibu kota Tehran pada minggu lalu,” kata pendakwa raya Tehran, Abbas Jafarabadi.

Menurut laporan akhbar, kelapan-lapan suspek bakal dikenakan hukuman berat setelah kes mereka dibicarakan oleh panel hakim Iran yang dikhususkan dalam isu pelanggaran adat budaya dan media tempatan.

Di Iran, wanita ditegah menyanyi tanpa memakai hijab atau bergandingan dengan lelaki dalam mana-mana slot rancangan televisyen kerana boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan moral dan syariah.

Iran Cekup 8 Wanita Tanpa Hijab, Seksi Video Muzik

Puluhan saluran televisyen berbahasa Parsi tetapi berpangkalan di luar Iran dipancarkan melalui satelit antarabangsa sering menyiarkan program video muzik, siri drama atau filem manakala sedikit sahaja siaran berita.

Dianggarkan hampir 50 peratus daripada 75 juta rakyat Iran suka menonton pelbagai siaran televisyen asing itu antaranya BBC Persian Service, Euronews Persian Channel dan Voice of America versi bahasa Parsi.

Waima dilarang keras di Iran, terdapat beberapa saluran hiburan yang dikatakan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat setempat terutama golongan muda dengan mereka pula dapat mengaksesnya secara haram.

Laporan media itu juga menyatakan bahawa penangkapan lapan wanita tersebut susulan penahanan 30 siswazah universiti yang berpesta liar di utara Iran. Mereka dijatuhi hukuman 99 sebatan setiap seorang.

Pada pertengahan Mei lalu, seramai lapan model wanita Iran berjaya ditangkap kerana dianggap menaikmuatkan gambar tidak bermoral mereka menerusi platform media sosial tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijabIran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd