IPD Kulai Tawar Diskaun Saman Trafik Ahad Ini

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menawarkan diskaun 50 peratus bagi saman trafik sempena Program Hari Bertemu Pelanggan di IOI Mall, Bandar Putra, dekat Kulai, pada Ahad dan Isnin ini.

Menurut kenyataan IPD Kulai hari ini, kaunter pembayaran dibuka mulai jam 10 pagi hingga 6.30 petang pada Ahad dan dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang pada hari berikutnya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus bagi saman parkir di lokasi sama pada Ahad ini sahaja. – BERNAMA

Loading...