Instagram Buang Imej Cederakan Diri Sendiri

SAN FRANCISCO – Instagram, semalam mengumumkan membuang imej berkaitan perbuatan mencederakan diri sendiri seperti mengelar anggota tubuh.

Langkah itu dibuat selepas Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, bertemu dengan syarikat media sosial mengenai lebih banyak tindakan menangani remaja bermasalah mental menggunakan platform mereka.

Remaja Britain, Molly Russell, ditemui mati dalam biliknya pada 2017.

Remaja 14 tahun itu membunuh diri, dan akaun Instagram Russell dilaporkan mendedahkan beliau mengikuti akaun yang berkaitan kemurungan dan bunuh diri.

“Ia sesuatu yang menggalakkan melihat keputusan seperti itu diambil untuk cuba melindungi kanak-kanak daripada kandungan mengganggu di Instagram.

“Kini masalah bagi media sosial mengambil tindakan mengiktiraf tanggungjawab mereka kepada pengguna jika internet mahu menjadi tempat selamat bagi golongan muda dan lemah,” kata bapa remaja itu, Ian Russell.

Perubahan kepada peraturan kandungan mencederakan diri di Instagram menyusul penilaian menyeluruh membabitkan pakar dan pakar akademik seluruh dunia mengenai belia, kesihatan mental, dan bunuh diri, menurut ketua eksekutifnya, Adam Mosseri. — Agensi

Loading...