Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Pewartaan Pulau Sipadan Tingkatkan...

SEMPORNA - Usaha memulihara hidupan marin di Pulau Sipadan, yang diisytiharkan antara 10...

Perasmian Sukan SEA Oleh...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V malam ini berkenan merasmikan...

PRK Pengkalan Kubor 25...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

Jual Produk Guna Elemen...

SESUATU produk itu akan laris di pasaran sekiranya kempen promosi, pemasaran dan pengiklanannya...

Budak Lelaki 3 Tahun Telan Replika Peluru

BRISBANE – Seorang budak lelaki berumur tiga tahun memberitahu ibu bapa bahawa dia sudah menelan sebutir peluru yang menyebabkan mereka berasa terkejut baru-baru ini.

Hunter Wood yang sedang duduk di atas sofa kemudian memandang bapanya, Tim dan berkata: “Ayah, saya sudah telan sebutir peluru.”

Tim yang mengusahakan bisnes kenderaan ketenteraan pada era Perang Vietnam di Gold Coast, Australia mendakwa anaknya itu sebenarnya meletakkan replika peluru ke dalam mulut sebelum dia meneguk air.

Menurut laporan, Tim pernah memenangi rantai kunci mengandungi replika peluru sebagai hadiah kemenangan dalam satu pertandingan.


Menurutnya, Hunter dipercayai menelan replika peluru yang terjatuh daripada rantai kunci itu.

Ujian X-ray menunjukkan replika peluru itu terdapat di dalam usus Hunter. Replika peluru itu dijangka keluar melalui sistem pencernaan secara normal tanpa mendatangkan kecederaan dalaman menyebabkan kanak-kanak itu tidak perlu dibedah. – Agensi

Kategori