• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Lelaki Gaduh Dengan Pengawal Keselamatan Ditahan Polis

oleh Cj Mnh
05/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu lelaki yang viral bergaduh dengan pengawal keselamatan baru-baru ini kerana mendakwa pengawal itu enggan menjaga anaknya, ditahan polis, Rabu lalu.

Menurut kenyataan pihak Perbadanan Pengurusan (JMC) Residensi Awani, sekitar 12 tengahari, satu waran telah dikeluarkan oleh pihak polis ke atas suspek lelaki tersebut yang didakwa telah melakukan pelbagai kesalahan, kes curi dan kes jenayah lampau.

“Hasil siasatan awal mendapati, pasangan penyewa tersebut sering berpindah bagi mengelak diri mereka dikesan.

“Beberapa anggota polis bersama sekuriti serta pihak pengurusan hadir ke unit berkenaan dan pasangan tersebut bersama anaknya dibawa keluar sekitar jam 7 malam hari yang sama ke IPD (ibu pejabat polis daerah) bagi tindakan reman,” katanya.

Mynewshub

Kenyataan pihak Residensi Awani dikeluarkan oleh Pengerusi JMC (tanpa nama dalam kenyataan itu).

Insiden 27 Oktober bermula apabila pasangan suami isteri berkenaan didakwa mahu meninggalkan anak mereka untuk dijaga pengawal keselamatan Residensi Awani.

Pengawal terbabit dikatakan enggan berbuat demikian kerana menjaga anak penghuni bukan bidang tugasnya.

Pengawal

Pasangan berkenaan kurang berpuas hati dan situasi bertukar keruh sehingga berlaku pertikaman lidah serta pergaduhan antara pasangan tersebut dengan pihak keselamatan residensi.

Kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang bersetuju dengan tindakan pengawal berkenaan.

“Pelbagai ciapan di Twitter yang dipercayai milik wanita tersebut (isteri lelaki terbabit) turut tersebar berkenaan ketidakpuasan hatinya serta mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas sekaligus mengundang kecaman dan kemarahan netizen,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Takkan anak sendiri nak suruh security jaga? 😂 😂 😂.. Management marah sungguh… Siap buat poster… 😂 pic.twitter.com/qV5EwxZpLu

— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 30, 2021

Tags: Awani ResidensiGaduhpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

13 Kanak-Kanak Ditahan, Gaduh Depan Sekolah Cetus Kebimbangan

11/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan individu bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, akhirnya membawa padah apabila...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd