• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Import Makanan Ayam Antara Punca Kenaikan Harga Telur

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenal pasti kenaikan harga telur di pasaran tempatan yang berlaku kebelakangan ini antaranya disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan makanan ayam diimport dari Brazil serta Argentina dan urusan perdagangan dilakukan di Singapura sebelum dibawa masuk ke negara ini.

“Import makanan ayam ini bernilai lebih kurang RM35 bilion setahun, peniaga yang melakukan perdagangan ini tidak ramai kerana bila saya masuk (menjadi menteri) saya teliti perniagaan ini saya dapati hanya ada seramai 25 atau 26 peniaga sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan zakat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga telur di pasaran tempatan dan sama ada wujud kartel dan monopoli yang mengawal harga produk makanan itu.

Menurut Saifuddin, apabila pengimport terbabit melakukan pemindahan harga, ia seterusnya menyebabkan penternak di negara ini terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan makanan ayam dan untuk menampung keadaan itu pula penternak terpaksa menaikkan harga telur.

Katanya, bagi mengatasi masalah tersebut, kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Jamil Salleh untuk memastikan bekalan makanan ayam tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimport tersebut.

Katanya, ketika ini jawatankuasa itu sedang menyiapkan laporannya berhubung perkara itu yang dijangka siap tidak lama lagi untuk dibentangkan kepada kabinet.

“Kalau kita boleh ambil alih mungkin boleh diselesaikan tetapi kita perlu menggantikan sistem itu kepada cara baharu dan sudah tentu kita perlu libatkan dengan pihak swasta di negara ini untuk membantu kita memecahkan amalan monopoli ini,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata kementerian akan menyiasat sama ada aktiviti kartel telah menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas dan pihaknya menerima banyak aduan mengenai kenaikan itu.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga telur menyaksikan peningkatan konsisten dengan harga semasa pada 4 Dis lalu adalah pada 43 sen sebiji bagi bagi gred ‘AA’, diikuti 42 sen sebiji bagi gred ‘A’, gred ‘B’ (41 sen), gred ‘C’ (40 sen), gred D (38 sen) dan gred E (36 sen). – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismailtelur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MBI Selangor Komited Promosi Smart Selangor

Next Post

Individu Dari Qatar Mahu Melabur Dalam Projek Kereta Nasional Ketiga

Related Posts

Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin

Harga Siling Ayam, Telur Tak Diapungkan – Salahuddin

01/04/2023
0

JOHOR BAHRU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak bercadang mengapungkan harga siling ayam dan telur...

FAMA Melaka Agih 2.4 Juta Telur Bagi Ramadan, Aidilfitri

FAMA Melaka Agih 2.4 Juta Telur Bagi Ramadan, Aidilfitri

21/03/2023
0

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka akan mengagihkan kira-kira 2.4 juta biji telur ke seluruh semenanjung Malaysia bagi...

Next Post

Individu Dari Qatar Mahu Melabur Dalam Projek Kereta Nasional Ketiga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd