Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Petugas Media Tak Dibenar...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Flat Retak Di Keramat,...

KUALA LUMPUR – Seramai 222 penghuni bangunan 4 tingkat Blok F di Flat...

Polis Cari Waris Mayat...

BUKIT MERTAJAM - Polis mencari waris seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam tali...

DoJ Serah Waran Rampas...

LONDON - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sudah menyerahkan waran kepada sebuah firma...

Imej Islam: MAB Bakal Sewa A380 Untuk Haji, Umrah

LONDON – Malaysia Airlines Berhad (MAB) giat berbincang untuk menyewa pesawat A380 milik syarikat itu kepada agensi pelancongan yang berminat menguruskan ibadah haji dan umrah.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew kepada agensi berita antarabangsa Reuters di sini hari ini sekali gus mencipta kejutan kepada banyak pihak apabila menjadi tajuk besar media di seluruh dunia.

Beliau bagaimanapun menjelaskan ia hanyalah antara langkah MAB untuk mengurangkan kerugian dan menghakis kebimbangan terhadap kemerosotan permintaan bagi kegunaan pesawat saiz besar dalam jangka masa pendek.

MAB setakat ini memiliki enam pesawat terbesar di dunia itu yang setiap satunya mampu memuatkan kira-kira 500 penumpang daripada keseluruhan 22 buah pelbagai model Airbus selain baki 54 buah lagi pesawat jenis Boeing.

“Pesawat Airbus bersaiz gergasi sebegini tidak memanfaatkan dari segi kewangan buat masa ini kerana pihak MAB perlu menjimatkan banyak kos sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula syarikat,” jelas Bellew.

Sebelum ini usaha untuk menjual pesawat superjumbo itu tidak berhasil. Langkah menyewa A380 bagi penerbangan haji dan umrah sekali gus memberi lebih imej Islamik selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia.

mas1

Pengkritik menyifatkan usaha terbaharu ini ekoran pandangan umat Islam yang mendakwa dua tragedi menimpa MAB pada 2014 melibatkan MH370 dan MH17 sebagai peringatan Allah SWT ke atas MAB agar patuh syariah.


Susulan itu, pihak MAB dilaporkan mahu mengkaji semula hidangan arak dalam pesawat selain pakaian pramugari bagi bersaing dengan tiga syarikat udara patuh syariah di dunia iaitu Saudi Airlines, Iran Air dan Royal Brunei.

Mengulas lanjut, Bellew berkata MAB sedang berbincang kemungkinan memeterai perjanjian dengan beberapa agensi pelancongan bagi menyewa pesawat dan petugas MAB untuk membawa jemaah ibadah haji serta umrah.

Perbincangan antara MAB dan pelanggan berpotensi bermula 10 minggu lalu malah Bellew yakin dapat mencapai persetujuan sebelum hujung tahun ini dan pesawat A380 itu bakal digunakan selama lapan bulan setiap tahun.

Untuk tujuan itu ujarnya, pesawat berkenaan dijangka diubah suai bagi menampung 700 penumpang dengan kelas ekonomi keseluruhannya atau kepada kapasiti 600 penumpang jika ada permintaan terhadap kelas perniagaan.

“Saya percaya ia akan berlaku,” katanya yang mengambil alih jawatan daripada Christoph Mueller pada Julai lalu sambil menambah perjanjian dimeterai adalah cukup untuk menampung kos A380. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori