• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Tempur Diserah Kepada ATM Akhir Bulan Ini

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertahanan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G, pada penghujung bulan ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara itu dimaklumkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan isu berkenaan telah pun selesai.

Beliau membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan kes kehilangan helikopter yang merujuk kepadanya.

“Adakah itu sahaja yang dia (Anwar) boleh buat? Perkara paling penting saya juga sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada media selepas Majlis Menyampaikan Amanat Kepada Warga Kementerian Luar Negeri pada hari pertamu memasuki kementerian itu di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhamad Shahrul Ikram Yaacob.

Media sebelum ini melaporkan pembelian helikopter tentera bernilai RM300 juta yang dibuat ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga kini.

Enam helikopter tempur ringan jenis MD530G yang dikeluarkan syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, McDonnel Douglas itu ditempah ketika Hishamuddin menjadi Menteri Pertahanan.

Tags: helikopter tempurHishamuddin HusseinKementerian Pertahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

03/03/2024
0

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan memperuntukan RM244 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi penyediaan Skim Bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd