Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Pegawai Tentera Lemas...

SEREMBAN - Mayat Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahdan yang lemas selepas terjatuh ke...

Jamin Kuasa Politik Melayu...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan Perdana Menteri Malaysia akan tetap dipilih daripada...

Tolak ICERD Tidak Perlu...

MELAKA - Keputusan Kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi...

AFC 2017: JDT Beraksi...

JOHOR BAHRU - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka bermain dalam cuaca panas...

Haram Haji Guna Duit 1MDB, Halal Cucu Tun Belai Anjing

TAHUN lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal sering hina ulama tiba-tiba berlagak jadi ‘mufti’ apabila dakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram!

Begitulah bencinya pengerusi pakatan pembangkang itu kepada sayap pelaburan strategik kerajaan diwujudkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana mengambil alih beberapa aset kroninya sebelum itu.

Walhal sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011.

Telatah Mahathir, 92, mempermainkan hukum agama bukan baharu, malah ada anak beliau sendiri perlekeh ajaran Islam dan lebih malang, tiada sesiapa pun berani tegur kecuali musuh politiknya tetapi suara mereka ‘tenggelam’.

Terbaharu tular pula dalam kalangan pengguna media sosial tempatan apabila kecoh memperkatakan gelagat jelik salah seorang cucu kesayangan kepada Pengerusi PPBM itu yang hanya dikenali namanya sebagai Othman Mirzan.

Dia dengan penuh lagak elit memuat naik gambar dirinya mampu tidur bersama-sama tiga ekor anjing kesayangan beserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram miliknya yang juga dikongsikan secara umum.

Baca: Murid Naik Bot Redah Bah, Cucu Tun M Santai Bot Mewah

Juga: Anggota Polis, Tentera Pun Tidak ‘Belai’ Anjing Jinak

Beginikah gaya hidup orang Melayu yang jelas beragama Islam? Padahal Muslim diharamkan menyentuh anjing yang merupakan najis berat mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelai manja.

Justeru tindakan Othman memanipulasikan hukum Islam untuk menghalalkan gaya hidupnya ternyata kurang ajar tetapi paling aib, Mahathir tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu sengaja pegang anjing itu sebagai haram.


Untuk rekod bapanya, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina manakala ibu saudaranya bernama Marina pula sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Datuknya pula, Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram selain bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan demi menunjukkan dia sahaja suci!

Ironi, aksi Othman sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosialnya itu kini memalukan umat Islam terutama penyokong tegar pembangkang beragama Islam sebaik status dia tidur dengan anjing diperkatakan ramai.

Kisah ‘keberanian’ Othman itu mula didedahkan laman Facebook tempatan Sudahlah Mahathir kelmarin, sekali gus menerima kutukan ramai netizen Muslim sebagai sengaja hina kesucian ajaran Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bertajuk ‘Kepala Bapak Kau Punya’ di bawah ini sekadar hiasan…

Kategori