Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saksi Akui Minat Jadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Amhari Efendi Nazaruddin semenangnya berhasrat untuk bekerja dengan bekas...

Gambar Kucing Dicungkil Mata...

KALAU pun tidak mempunyai rasa penyayang terhadap binatang, janganlah diperlakukan mereka dengan pelbagai...

Lim Tanya PM: Amirudin...

Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya menjelaskan siapa sebenarnya...

United Airlines Larang Wanita...

NEW YORK - Seorang penumpang kapal terbang syarikat United Airllines gagal dalam percubaan...

Hampir Seluruh Kuala Lumpur Zon Merah Covid-19

TIADA pertambahan zon merah setakat ini dan Lembah Pantai masih menjadi kawasan tertinggi pesakit dijangkiti Covid-19 dengan 367 kes.

Selain Lembah Pantai, dua kawasan lain dengan masing-masing merekodkan lebih 300 kes ialah Petaling (308 kes), disusuli Hulu Langat (307 kes).

Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu kawasan terbabit, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada terus merebak.

Menerusi infografik yang dikongsi kementerian itu, semua kawasan di Kuala Lumpur kini berada dalam zon merah kecuali Cheras yang hanya merekodkan 38 kes dilaporkan.

Daerah lain yang berada di zon merah ialah Kepong dengan 104 kes dan Titiwangsa (86 kes) serta Lembah Pantai yang menjadi kawasan tertinggi dalam negara.


Sabah dan Sarawak turut mempunyai daerah dikategori merah iaitu di Kuching, Sarawak (155 kes) dan Tawau, Sabah (67 kes).

Daerah lain yang mempunyai rekod sama Seremban (146), Johor Bharu (137), Kluang (135), Klang (88), Kota Bharu (82), Kinta (82), Gombak (77), Hilir Perak (61), Batu Pahat (47), dan Jerantut (58).

Sementara itu, sebanyak empat daerah di semenanjung dikategorikan sebagai zon hijau atau tidak mempunyai kes Covid-19 dan 27 daerah lagi di Sabah dan Sarawak. – myMetro Online

Kategori