• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Milik Kekal Tanah Tak Perlu Rujuk PM, TPM – Aziz Bari

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Isu pemberian hak milik kekal tanah boleh diselesaikan melalui bidang kuasa negeri tanpa perlu mendapat persetujuan perdana menteri mahupun timbalan perdana menteri.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu dinyatakan secara jelas dalam peruntukan Kanun Tanah Negara bahawa pemberian hak milik tanah adalah mengikut dasar yang diputuskan pentadbiran negeri.

“Ianya berkaitan dasar negeri sahaja tiada kena mengena dengan persetujuan perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

“Jika pun dasar dibuat itu nanti tidak dipersetujui peringkat Kabinet, di pihak kerajaan negeri kita harus pertahankan kerana itulah dasar yang telah dipersetujui,” katanya ketika ditemui pada program Kembali ke Sekolah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi 2019 dengan kerjasama Yayasan Perak di Dewan Komuniti Kampung Cempaka Sari di sini hari ini.

Sebahagian penerima program Kembali ke Sekolah peringkat DUN Tebing Tinggi.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan, kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Majlis Tanah Negeri (MTN) berkaitan isu tersebut sebelum melakukan tindakan seterusnya.

Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri berkata, apabila hak pemilikan tanah kekal diletakkan sebagai manifesto, perkara itu secara umumnya sudah pun menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan untuk dilaksanakan.

“Jadi tidak timbul isu ia tidak dibincangkan, juga tidak perlu nak tunggu keputusan atau resolusi Kabinet mahupun Mesyuarat Exco, rakyat dah menyokong dan mengundi, maka seharusnya janji ditunaikan selagi mana tiada masalah dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa DAP bukanlah parti semberono membuat tuntutan tetapi menyuarakan hak yang telah dipersetujui bersama.

“Saya difahamkan ada seorang daripada Amanah (Parti Amanah Negara) yang menulis manifesto itu dan dipersetujui oleh semua parti di dalam gabungan Pakatan Harapan, ia bukan agenda daripada DAP.

“Yang menulis dan bercakap itulah perlu ditanya, mengapa masih belum ada mesyuarat atau perbincangan bagi menetapkan perkara ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DAP Perakhak milik kekal tanahkerajaan perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saksi Ada Terfikir Kebakaran Bilik Nazrin Akibat Khianat

Next Post

Sultanah Terengganu Tak Perlu Beri Keterangan Saman Sarawak Report

Related Posts

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

Kerosakan Gua Matsoorat: Perak Tuntut Ganti Rugi

01/04/2021
0

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran...

Next Post

Sultanah Terengganu Tak Perlu Beri Keterangan Saman Sarawak Report

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd