Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Surat Tawaran Anugerah ‘Datuk’...

SHAH ALAM - Dewan di-Raja Selangor hari ini memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan...

Ralat Keputusan, Kit Saringan...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengendalikan ujian terhadap kit saringan kendiri di...

Menteri Wajar Tolak Tawaran...

KUALA LUMPUR – Seorang menteri kabinet wajar tolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan...

Kerosakan Gua Matsoorat: Perak Tuntut Ganti Rugi

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama yang menjalankan penggambaran di Gua Matsoorat, di sini sehingga berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di gua berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, terdapat bukti bahawa kru syarikat produksi berkenaan telah melakukan kerosakan.

“Bagaimanapun perkara (ganti rugi) ini masih dalam perbincangan sama ada untuk mengenakan penalti kepada syarikat produksi tersebut ataupun mereka harus membayar kos untuk memulihara semula tempat yang telah dirosakkan dan kami telah memanggil beberapa pakar untuk melihat dan menilai kerosakan terbabit.

“Kerajaan negeri berasa amat kesal dengan apa yang telah berlaku di satu daripada tapak yang sedang kami usahakan untuk diangkat sebagai geotapak yang baharu dalam Geopark Lembah Kinta,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Nolee Ashilin berkata, dua pengawal keselamatan ditempatkan 24 jam sehari bagi memantau dan mengawal di persekitaran gua berkenaan dan jumlah pengawal keselamatan akan ditambah bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan.

Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata, kejadian sedemikian perlu diambil iktibar oleh semua pihak kerana apa sahaja yang berkaitan dengan khazanah warisan tidak boleh dipandang ringan.

“Apabila (khazanah dan warisan negara) itu rosak, susah untuk dipulihara semula. Saya juga ingin menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam kawasan khususnya yang memerlukan konservasi perlu mengambil tindakan yang lebih tegas dan kemas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku,” katanya.


Sebelum ini, Nolee Ashilin berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberi kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar bandar raya Ipoh mulai 20 Februari hingga 30 April ini dan hasil semakan mendapati pihak syarikat produksi itu dimaklumkan bahawa mereka hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan.

Tular di laman sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakan selepas penggambaran sebuah drama selain mendakwa kru produksi membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa gambar menunjukkan kerosakan dan ukiran tajuk drama itu pada dinding gua.

Pengarah Michael Ang menerusi Instagram turut menyatakan kekesalan dengan insiden itu dan memberitahu sedang mengesan individu berkenaan.

Nolee Ashilin pada Khamis menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI dan tiga syarikat iaitu Uni-Technologies Sdn Bhd, Urban Scale Studio Sdn Bhd dan Pavilion Agro Farm.

Ketiga-tiga MoU itu berkaitan kajian pelan tindakan dan penjenamaan wilayah pelancongan Greater Ipoh, kajian walkable city kawasan Pekan Ipoh sebagai bandar pelancongan, warisan dan pelancongan serta tawaran penyewaan tapak di taman rekreasi Gunung Lang bagi cadangan pembinaan Pavilion Petting Zoo. – BERNAMA

Kategori