• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Senada Mahathir, Kerajaan Perlu Masyarakat Majmuk

oleh
09/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi reaksi senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak cadangan penubuhan kerajaan berasaskan parti Melayu dan Islam semata-mata.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, senarai ahli Kabinet perlu ada masyarakat majmuk.

Menurutnya, kerajaan hendak dibentuk harus mempunyai ahli daripada pelbagai bangsa kerana ia mencerminkan kepelbagaian bangsa dan budaya.

“Respons saya ialah sebarang kerajaan mesti mewakili masyarakat majmuk dan majoriti dominasi adalah Melayu Islam,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas pelawaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Dr. Mahathir untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO dan PAS dengan mengambil kira perkembangan terbaru beliau mengenai Kongres Maruah Melayu (KMM) minggu lalu.

Dr. Mahathir semalam berkata, cadangan untuk menubuhkan kerajaan baharu berteraskan kepada agama dan Islam tidak sesuai kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama dan semua pihak harus terima hakikat itu.

“Kita tidak minat untuk membuat kerajaan baharu. Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum dan pihak kerajaan daripada kita merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum,” katanya.

Mohamad dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, KMM minggu lalu mengesahkan segala dakwaan UMNO dan PAS bahawa kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kepentingan masyarakat Melayu serta Pribumi lain sedang terhakis di bawah pentadbiran PH.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu turut berkata, kerajaan baharu itu boleh ditubuhkan dengan kerjasama Barisan Nasional, PAS serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi Awangkongres maruah melayuMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Kurnia Pingat Kepada Anggota Tentera

Next Post

SPM 2019 Bermula 14 Oktober, 416,416 Calon Mendaftar

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

SPM 2019 Bermula 14 Oktober, 416,416 Calon Mendaftar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd