• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Perlu Buat Laporan Polis Jika Dibuli Pelajar

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Guru yang turut menjadi mangsa buli pelajar diminta membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri sekali gus mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sememangnya terdapat beberapa kes melibatkan guru menjadi mangsa buli namun ia tidak dilaporkan berikutan bimbang dengan keselamatan diri apabila berada di luar kawasan sekolah.

“Ada guru yang tidak mahu buat laporan kerana tidak mahu memanjangkan cerita selain turut bimbang dengan keselamatan diri mereka akan diancam oleh pelajar yang terlibat dalam gangsterisme.

“Guru perlu buat laporan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pembuli dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama sekali tidak akan menghalang sekiranya mereka ingin membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini selepas melawat Kolej Vokasional Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata guru yang menjadi mangsa buli tidak perlu bersembunyi atau bimbang dengan reputasi sekolah sekiranya hendak membuat laporan polis kerana kementerian berpendirian tegas dalam menangani masalah itu selain mementingkan keselamatan guru terbabit.

​​​​​​​Semalam, Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah, sekali gus menyumbang kepada peningkatan budaya gangsterisme di negara ini.

Presiden CAP, S.M Mohamad Idris berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

​​​​​​​Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka yang terlibat dalam kegiatan gangsterisme atau buli ke mana-mana pusat pemulihan.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita (KPM) tidak akan berkompromi dengan pelajar yang terlibat dalam aktiviti gangsterisme atau buli dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah,” katanya. – BERNAMA​​​​​​

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidGuru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Kelantan Tak Mampu Tolong Rakyat Masa Banjir!

Next Post

Bayi Wartawan Sinar Harian Maut Tersedak Susu

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Bayi Wartawan Sinar Harian Maut Tersedak Susu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd