• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kerugian 10 Kali Ganda Daripada Nilai Pinjaman

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang guru wanita yang mahu membuat pinjaman sebanyak RM10,000 akhirnya berkesudahan dengan membuat bayaran lebih 10 kali ganda daripada nilai tersebut akibat ditipu syarikat pemberi pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 48 tahun itu mendakwa membuat permohonan pinjaman berkenaan secara dalam talian pada 15 Okt lepas daripada sebuah syarikat pinjaman yang kononnya beralamat di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki bernama Vincent dan selepas berbincang, suspek meminta mangsa membuat bayaran yang dikatakan bayaran proses untuk mendapatkan pinjaman pada 22 Okt lalu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa yang bertugas di Rompin dekat sini, akhirnya telah membuat transaksi bayaran sebanyak 24 kali ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM100,050.

Mangsa yang membuat transaksi akhir pada Isnin lepas, bagaimanapun merasakan ditipu selepas pinjaman itu tidak diperoleh dan suspek pula gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Sehubungan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang penolong pegawai kerajaan kerugian RM45,450 yang kononnya bayaran untuk melepaskan kenalan Facebook yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau berkata mangsa berusia 38 tahun mendakwa dihubungi seorang wanita mendakwa dirinya pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Okt lalu memaklumkan penahanan rakannya bernama Eric Kyeah.

“Suspek memberitahu Eric yang dikenali mangsa sejak setahun lalu ditahan kerana membawa wang USD250,000 dan mangsa perlu membayar RM5,000 yang dikatakan sebagai jaminan kepada kawannya.

“Mangsa kemudian terus diminta membuat bayaran yang dikatakan untuk melancarkan proses pembebasan Eric yang berjumlah RM40,450,” katanya.

Mohd Wazir menambah pembayaran itu dilakukan secara dalam talian sebanyak 11 kali ke dalam sebuah akaun milik seorang lelaki yang diberikan oleh suspek.

Mangsa bagaimananpun membuat laporan polis di IPD Kuantan semalam, iaitu sehari selepas dia melakukan transaksi pemindahan wang terakhir ke dalam akaun suspek. – BERNAMA

Tags: GuruPinjaman Wang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Sindir PH: Syabas Penarafan Petronas Jatuh!

Next Post

Shahidan Perlu Hadir Ke Mahkamah Isnin Ini

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Shahidan Perlu Hadir Ke Mahkamah Isnin Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd