• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fara Hezel Tak Serik Mencuba

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kecundang pada babak awal program realiti, Big Stage tidak memadamkan semangat bakat baharu, Fara Hezel, 22, untuk terus meneroka bidang seni, termasuk pengacaraan.

Katanya, impian untuk mencipta nama sebagai pengacara televisyen sudah lama tersimpan, namun baru kini berani diluahkan kepada khalayak.

“Tidak dapat meneruskan perjuangan dalam program realiti itu bukan bermakna saya gagal. Saya sebaliknya, belajar untuk bangkit semula.

“Saya sudah mencuba sehabis baik, namun tertulis hanya setakat itu rezeki saya. Saya tidak kecewa kerana percaya ada pintu lain yang terbuka, asalkan berani mencuba.

“Saya tanamkan tekad meneroka satu lagi cabang seni iaitu pengacaraan yang dirasakan serasi dengan jiwa,” kata kakak kepada penyanyi remaja, Aiman Tino itu.

Tidak ambil hati dihujani kecaman netizen, Fara menganggap, perkara itu sebagai lumrah yang perlu dilalui mereka yang memilih dunia hiburan sebagai kerjaya.

Semakin lali, terutama selepas melihat adiknya yang pernah berdepan pelbagai kritikan sejak awal menjadi penyanyi, dia belajar menerimanya dari sudut positif.

“Kalau orang mengkritik bermakna mereka mengikuti perkembangan kita. Sama ada disedari atau tidak, mereka sebenarnya sentiasa mahu mengetahui apa yang kita buat,” katanya lagi.

Kini tampil bersama single ketiga, Ku Pasrah, pemilik nama sebenar Nurfaraazira Yusri itu turut berbesar hati apabila video muzik lagu menerima maklum balas memberangsangkan. – BH ONLINE

Tags: Fara Hezelpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cadangan Cukai Minuman Soda Akan Diteruskan

Next Post

Khairuddin, Chang Kekal Bebas Pendakwaan Tarik Balik Rayuan

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Khairuddin, Chang Kekal Bebas Pendakwaan Tarik Balik Rayuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd