• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dunia Mikro Eddie Asalnya Sekadar Hobi

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Untuk mencipta sesuatu daripada tiada apa-apa, adalah kemahiran yang unik yang hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang.

Bagi Eddie Putera Noordin, seorang jurugambar profesional berusia 51 tahun, kemahirannya yang unik yang mampu menghidupkan kembali kenangan masa lampau menerusi ukiran diorama yang indah, meriah dan menakjubkan, pastinya akan membuat sesiapa pun terpesona.

Bayangkan, model sebuah kereta berusia 20 tahun dibentuk menerusi tiga dimensi dan kelihatan hidup dengan kesan karat, berkulat dan kemek.

Diorama adalah model sesuatu tempat atau kejadian dalam ukuran kecil yang dibentuk dengan kesan tiga dimensi atau bagi pameran muzium berskala besar.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina dari University of London, beliau memulakan perjalanannya dalam seni ukiran miniatur pada 2016 dan sejak itu, beliau telah mengukir ratusan diorama.

“Saya berminat dengan seni visual sejak zaman kanak-kanak, saya suka melukis, mengambil gambar dan kini membuat diorama atau miniatur, yang membolehkan saya bercerita menerusi persembahan visual.

“Diorama saya adalah tentang kehidupan, mengimbas ketika manusia menjalani kehidupan dan itu yang memberi inspirasi dan mencetuskan semangat saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Eddie, semuanya bermula sebagai hobi, dan beliau belajar mengukir landskap, membina rumah daripada kayu dan mencipta sesuatu yang sempurna hanya melalui YouTube.

Karya seninya dilhamkan daripada adegan bertemakan retro di Malaysia terutama sekitar 1980-an

Meneliti diorama yang dihasilkannya menunjukkan penelitian serta perhatian luar biasa beliau dalam penghasilan kerja yang memerlukan minat yang mendalam serta kesabaran.

Eddie yang sangat terkenal sebagai ‘rust master’ di Malaysia berkata proses yang paling sukar dilakukan adalah untuk mewarnai setiap miniatur kerana ianya terlalu kecil, dan masing-masing harus dikodkan dengan warna yang betul.

Keupayaannya untuk mencipta diorama yang indah itu menghasilkan hampir 300,000 pengikut di Instagramnya .

Eddie juga berharap dioramanya akan menjadi rujukan bagi generasi akan datang.

Beliau berkata, generasi masa depan mungkin tidak dapat membayangkan bagimana rupanya rumah kayu yang sederhana, struktur tradisionalnya, atau pemandangan kampung.

“Melestarikan kenangan dan nilai seni bina untuk generasi akan datang adalah sesuatu yang memberi saya semangat,” katanya. – BERNAMA

Tags: dioramaunik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KFC Perjelas Isu Harga Makanan Ada Caj 6% SST

Next Post

Johor Port Raih Anugerah Prestasi Global 2018

Related Posts

Penyu Yangtze Tinggal 3 Sahaja!

15/04/2019
0

BEIJING – Satu daripada penyu yang jarang dijumpai – Yangtze bercengkerang lembut gergasi mati di sebuah zoo di selatan China....

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

Next Post

Johor Port Raih Anugerah Prestasi Global 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd