• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Noor Hisham Rayu Jangan Salahkan Tabligh

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah merayu orang awam tidak menyalahkan jemaah tabligh dalam peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Beliau turut menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mendiskriminasikan golongan itu.

“Janganlah kita persalahkan jemaah tabligh. Janganlah kita diskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.

“Apa yang penting adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, kesemua jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini boleh mula membuat saringan Covid-19 esok.

“Ini termasuklah mereka yang tidak bergejala perlu melakukan ujian saringan,” katanya.

Menurutnya, arahan dikeluarkan kepada jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah bagi tujuan itu.

“Mereka sudah dimaklumkan mengenai hal ini. Insya-ALLAH esok boleh datang buat saringan,” katanya.

Berdasarkan statistik, sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes adalah kluster tabligh. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Dr Noor Hishamjemaah tablighkoronavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: KKM Tak Saran Guna Kit Ujian Pantas

Next Post

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Sepanjang PKP

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Sepanjang PKP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd