Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lembaga Pengarah 1MDB Uruskan...

PUTRAJAYA – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menguruskan pembayaran kepada International Petroleum Investment...

Dr MAZA Dilantik Mufti...

TOKOH Islam Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kembali dilantik sebagai Mutfi Negeri...

Melaka Wujud Bazar Rakyat...

MELAKA - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah bazar rakyat secara kekal di kawasan...

Suami Isteri Ditahan Dipercayai...

SUAMI isteri yang hidup bergantung dengan hasil menjual dadah ditahan polis di rumahnya...

Mahathir Pegang Janji Atau Beri Isyarat Lain?

KUALA LUMPUR – Ayat digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ‘siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat’, merujuk penentuan siapa penggantinya selepas ini, menimbulkan persoalan sama ada beliau berpegang berpegang pada janji sebelum ini atau sebaliknya.

Beberapa penganalisis politik ketika dihubungi NSTP memberi reaksi berbeza penggunaan ayat yang dilihat mungkin mempunyai maksud tersirat.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, beliau melihat kenyataan Perdana Menteri itu sebagai keinginan melihat sokongan rakyat terhadap perjanjian antaranya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini supaya keputusan peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar dan teratur, walaupun kedua-dua mereka dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sudah membuat keputusan itu, Perdana Menteri barang kali mahu memastikan penerimaan mandat daripada rakyat mendokong aspirasi ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15, Shah Alam semalam.

Pada program dikendalikan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar itu, Dr Mahathir dipetik berkata, rakyat berhak menentukan siapa yang layak memimpin negara.

“Saya janji akan meletak jawatan dan beri laluan kepada Anwar. Siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat.

“Kalau rakyat mahukan orang lain (jadi Perdana Menteri) saya akan lepaskan jawatan. Saya pun tahu saya tidak akan lama memegang jawatan ini,” katanya.

Sementara itu, Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, perkataan digunakan Perdana Menteri yang bermaksud menyerahkan kepada rakyat itu menimbulkan persoalan baharu.


“Jika ingin menyerahkan mandat kepada rakyat, bermakna ia perlu melalui satu pilihan raya umum (PRU).

“Sedangkan mandat sebagai Perdana Menteri boleh diberikan kepada Anwar dengan cara Perdana Menteri meletakkan jawatan, tanpa perlu melalui PRU,” katanya.

Pakar geostrategis, Azmi Hassan pula berkata, pemilihan Perdana Menteri dalam senario politik lazimnya di Malaysia, adalah urusan dalaman parti memerintah iaitu PH ketika ini.

“Jika ditakdirkan Dr Mahathir lepas jawatan lebih awal daripada janji dua tahun, maka menjadi tanggungjawab komponen parti PH untuk pilih Perdana Menteri yang mendapat kepercayaan semua.

“Tapi bagi saya, masa dua tahun atau kurang sudah tidak releven kerana Anwar sudah menanti,” katanya.

Bekas profesor politik dan kerajaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, apa yang mungkin dimaksudkan Pengerusi PH itu adalah jawatan Perdana Menteri bukan ditentukan sendiri sebagai miliknya.

“Dr Mahathir boleh letak jawatan bila-bila masa tapi beliau tiada hak dan kuasa untuk serahkan jawatan kepada sesiapa,” katanya. – BH Online

Kategori