• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Dibuang Dalam Sampah

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang lelaki menemukan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat di tempat pembuangan sampah di belakang Pasar Wakaf Zin di sini kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kira-kira 30 sebelum kejadian, lelaki tersebut dikatakan melihat seorang lelaki dan perempuan bertengkar di kawasan pembuangan sampah.

Beliau berkata, selepas bertengkar pasangan tersebut melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi berwarna gelap.

“Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian, pihak polis telah mendapati mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat.

“Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi secara rahsia.

Orang ramai yang mengetahui kejadian tersebut diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok atau Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222. – UTUSAN ONLINE

Tags: Mayat BayiSampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

31/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Tindakan lelaki bekas guru yang menjadikan aktiviti mengumpul sampah di dalam kediamannya di Taman Sentosa di sini sejak...

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

17/09/2024
0

KANGAR – Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd