Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sentiasa Bersedia Dan Ada...

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi kedua yang melanda...

Kerajaan P.Pinang Akan Beri...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri...

Jangkitan H1N1 Di Malaysia...

JASIN - Jangkitan H1N1 di negara ini masih terkawal dan Kementerian Kesihatan tidak...

DBP Bantah Tukar Hari Sukan Negara Kepada MySC

SHAH ALAM – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membantah keputusan Kementerian Belia dan Sukan menukar nama program Hari Sukan Negara 2019 kepada Malaysia Sports Challenge (MySC) 2019.

DBP dalam kenyataannya hari ini berkata, sesuatu program dan kegiatan bertaraf antarabangsa harus dibuat secara dwibahasa iaitu dengan mendahulukan bahasa kebangsaan dan diikuti dengan terjemahan.

“DBP tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan menukar nama Hari Sukan Negara 2019 seperti yang diumumkan Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong.

“Perkara 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendak digunakan sebagai bahasa rasmi negara.

“Bahasa rasmi bermaksud ia digunakan dalam semua maksud rasmi meliputi wacana lisan dan tulisan pada peringkat Persekutuan, negeri, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Menurut DBP, penjenamaan semula program itu menunjukkan keputusan kementerian tidak selari dengan Perlembagaan untuk meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam program rasmi kerajaan.


Dalam pada itu, DBP turut menyarankan semua kementerian serta agensi kerajaan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti negara.

“Bahasa kebangsaan juga adalah wahana perhubungan dan perpaduan dalam semua program peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Rabu lalu, Chee Kiong ketika mengumumkan pertukaran nama program itu berkata penggunaan MySC tidak merendahkan martabat penggunaan bahasa Melayu.

Sebaliknya, beliau mendakwa penggunaan nama dalam bahasa Inggeris itu mampu meningkatkan lagi prestij program berkenaan. – Sinar Harian

Kategori