• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Mara Kurangkan Pekerja Tak Benar – Rina Harun

oleh
04/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) melaksanakan pengurangan jumlah pekerja serta pekerja anak syarikatnya tidak mendapat gaji untuk beberapa bulan, adalah tidak tepat dan fitnah semata-mata.

Beliau berkata tindakan menyebar berita palsu itu amat mendukacitakan dan tidak menggambarkan keikhlasan untuk melindungi Mara, jauh sekali membantu memperkasa serta melonjakkan kecemerlangan Mara sebagai sebuah institusi yang signifikan kepada negara.

“Mara termasuk subsidiari di bawahnya tetap beroperasi seperti sedia ada bagi melaksanakan dasar dan program yang digariskan mengikut teras dan setiap entiti yang wujud.

“Setiap cadangan serta inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan adalah untuk memastikan agensi ini terus diperkasa dan berkembang maju sebagai salah satu agensi peneraju pembangunan sosio-ekonomi bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan tidak ada mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat dan tuduhan palsu mengenai majlis itu.

Rina berkata beliau sentiasa terbuka dan mengalu-alukan saranan serta pandangan daripada semua pihak yang ikhlas mahu melihat Mara berkembang maju supaya dapat merealisasikan matlamat penubuhan majlis itu.

“Saya telah mengarahkan Majlis Mara dan Pengurusan Mara untuk meningkatkan sesi libat urus bagi mendapatkan syor dan pandangan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata antara fokus pada 2020 adalah untuk memperkasakan keupayaan institusi-institusi pendidikan Mara bagi melahirkan modal insan yang menepati keperluan tenaga kerja masa depan.

Tumpuan turut diberikan kepada bidang keusahawanan meliputi pembangunan usahawan luar bandar dan peningkatan kapasiti usahawan bumiputera sedia ada.

Jelasnya lagi, Mara turut merancang melaksanakan pelaburan melalui ‘Endownment Fund’ dan memantapkan tadbir urus bidang pelaburan meliputi aspek pemilihan jenis dan sektor, pemilihan pengurus dana, pemantauan dan pengukuran prestasi.

Tags: MARApengurangan pekerjaRina Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Nafi Laporan Ujian Poligraf Yusoff Rawther Sudah Diketahui

Next Post

Kastam Sarawak Tumpas Cubaan Seludup Kereta Mewah RM10.2 Juta

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Next Post

Kastam Sarawak Tumpas Cubaan Seludup Kereta Mewah RM10.2 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd