Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Pasangan Suami Isteri Edar...

KOTA KINABALU - Polis memberkas empat pengedar dadah termasuk sepasang suami isteri dalam...

Lepas Gary.. Ji Hyo,...

PASTINYA ini berita sedih buat peminat Running Man kerana Song Ji Hyo dan...

Kedua-Dua Arah Lebuhraya NKVE...

KUALA LUMPUR : Laluan kedua-dua arah di KM19.65 hingga KM19.8 Lebuhraya Baru Lembah...

Nelydia Senrose Mohon Ibu...

PELAKON jelita, Nelydia Senrose mohon ibunya doakan jodohnya diredhai dan direstui Ilahi di...

Kastam Sarawak Tumpas Cubaan Seludup Kereta Mewah RM10.2 Juta

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mematahkan cubaan menyeludup keluar 42 unit kenderaan mewah import bernilai RM10.2 juta termasuk cukai dari gudang berlesen Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Sarawak dalam satu serbuan yang dijalankan pada 11.30 pagi, kelmarin.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam membuat pemeriksaan fizikal dan dokumentasi ke atas premis jualan kereta yang disyaki menyeludup kereta import mewah.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas kenderaan yang terdapat di premis tersebut, pihak syarikat gagal mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk menentusahkan kenderaan tersebut berbayar cukai,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sharifah berkata, modus operandi syarikat itu adalah dengan menyimpan serta menyembunyi kenderaan di kawasan parkir rumah ibadat sebagai stor simpanan dengan sewaan tempat sebanyak RM5,000 sebulan sebelum diseludup keluar.

“Selain menjadikan parkir tempat ibadah itu sebagai pameran operasi jualan, kenderaan yang belum berbayar duti dan cukai itu juga siap sedia untuk dijual kepada pengguna dan orang awam,” katanya.

Semua kenderaan itu kemudian disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Penguatkuasaan Kuching untuk simpan selamat dan siasatan lanjut manakala seorang individu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Akta Kastam 1967.

Kategori