• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Pengumuman Penting Muhyiddin Malam Ini

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengurusan COVID-19 kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan perkembangan terkini wabak itu di Malaysia.

Jelasnya, satu perkara besar diumumkan malam ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas bersama semua Jemaah Menteri dan agensi yang terbabit dengan kawalan wabak itu, petang ini.

“Petang ini saya akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri semua menteri dan agensi berkaitan. Pengurusan COVID-19 kini berada di bawah MKN.

“Kita akan bincangkan langkah yang akan diambil dan dilaksanakan untuk menguruskan krisis ini.

“Kami memandang serius situasi ketika ini yang memasuki gelombang kedua dengan peningkatan jumlah kes yang ketara. Saya akan umumkan berita besar malam ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan makanan serta barangan asas adalah mencukupi.

“Kami juga ingin menegaskan dalam keadaan krisis, kesemua kedai yang menjual barangan asas terus dibuka supaya orang ramai tetap dapat membeli barangan keperluan,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pertanian dan pemain industri makanan juga telah diminta untuk memantau perkembangan semasa bagi memastikan bekalan keperluan asas terutamanya makanan mencukupi.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kekurangan bekalan makanan dilaporkan.

Tags: Covid-19Muhyiddin YassinPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Langkah Perkukuh PRE Tangani Impak COVID-19

Next Post

Covid-19: Lelaki Ditahan Kerana Ludah Butang Lif

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Covid-19: Lelaki Ditahan Kerana Ludah Butang Lif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd