Covid-19 Krisis Kesihatan Terburuk Dalam Sejarah PBB

235

GENEVA – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai krisis kesihatan paling teruk dalam sejarah PBB.

Menurutnya menerusi kenyataan, krisis itu pasti akan mencetuskan potensi kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah direkodkan.

“Kita sedang menghadapi krisis kesihatan global dalam sejarah 75 tahun PBB – menyebabkan penderitaan manusia, menjejaskan ekonomi dan kehidupan orang ramai.

“Kemelesetan ekonomi global – hampir pasti mencatatkan rekod,” katanya lapor agensi berita Sputnik