COVID-19: CIDB Tutup Tapak Projek Di Jalan Ampang

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertindak menutup satu projek pembinaan dekat Jalan Ampang di sini, semalam, kerana gagal membuat ujian saringan kesihatan Covid-19 ke atas pekerja binaan mereka.

CIDB dalam kenyataan menerusi Facebook, berkata penutupan itu dbuat selepas projek pembinaan terbabit gagal mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Agensi itu turut meletakkan beberapa gambar penutupan itu dan notis larangan memulakan dan meneruskan kerja pembinaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menerusi notis yang tertera, CIDB menyatakan kesalahan projek pembinaan itu adalah melanggar Seksyen 34B (1)(b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) kerana gagal menjalankan kewajipan sebagai kontraktor berdaftar dengan melanggar peruntukan akta itu.

Notis yang berkuat kuasa 6 Mei itu hanya akan ditarik balik selepas pematuhan terhadap undang-undang.

Kerajaan mewajibkan pekerja asing di semua sektor menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan terdapat peningkatan kes dalam kalangan mereka.

Ia meliputi semua sektor sama ada komersial, kilang, pembinaan, kedai makan dan sebagainya sebagai langkah pencegahan dan kos ujian saringan ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Sementara itu, CIDB memuji tindakan kontraktor pembinaan yang menjalankan kerja pembangunan satu blok kompleks perdagangan 27 tingkat di Batu 5, Jalan Cheras kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk sektor pembinaan.

“Pemeriksaan CIDB Malaysia di tapak projek di Jalan Cheras hari ini, mendapati 100 pekerja binaan sedang menjalani ‘swab test’ sebelum beroperasi sepenuhnya bagi membendung penularan Covid-19 di tapak bina.

“Kontraktor berkenaan turut menyediakan cecair pembasmi kuman, melakukan penjarakan sosial termasuk merekodkan suhu badan pekerja dua kali hari,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai laporan yang meragukan di kawasan tapak pembinaan boleh menghubungi talian hotline CIDB di 1300-88-2432.

Loading...