• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata aplikasi sama dilancarkan Singapura yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak.

“Beberapa hari lalu, Singapura melancarkan aplikasi telefon bimbit bernama ‘TraceTogether’ yang boleh mengesan pergerakan rakyat mereka supaya apabila berlaku kes positif, mereka boleh melihat sejarah pergerakan.

“Mereka juga boleh memberi amaran kepada orang lain berhampiran dengan pesakit untuk membuat ujian (saringan),” katanya ketika menjadi moderator forum dalam talian di Facebook rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hari ini.

Forum bertajuk ‘Penyesuaian Terhadap Cabaran COVID-19’ itu disertai tiga ahli panel iaitu Felo Akademi Sains Malaysia, Prof. Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud (pakar epidemiologi); Prof. Dr. Shamala Devi Sekaran (pakar imunologi dan virologi); dan Prof. Dr. Mahendhiran Sanggaran Nair (data sains dan statistik).

Dilancarkan pada 20 Mac lalu, aplikasi TraceTogether boleh mengesan individu yang berada dalam jarak dua meter daripada pesakit COVID-19 sekurang-kurangnya selama 30 minit, menggunakan teknologi isyarat Bluetooth.

Pembangun aplikasi itu berkata, ia berguna apabila mereka yang dijangkiti tidak ingat siapa yang mereka berhubung rapat untuk tempoh tertentu.

Sementara itu, Mahendhiran berkata, pelaksanaan aplikasi seperti itu perlu selaras dengan peraturan yang berkesan, selain mendidik orang ramai mengenai pentingnya penggunaan teknologi dan data dalam industri kesihatan.

“Ia mengenai mendidik penduduk bagaimana data digunakan, banyak kesedaran dan mempunyai rangka kerja pengawalseliaan mengenai siapa yang melihat dan menggunakan data, dalam keadaan apa,” katanya.

Tags: aplikasi telefon pintarCovid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ke Taiwan Dengan Mira Filzah Bila Keadaan Tenang

Next Post

COVID-19: Muhyiddin Dijangka Umum PRE Hari Ini

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

COVID-19: Muhyiddin Dijangka Umum PRE Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd