• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cikgu Roslan Kental Walau Disapa Dugaan

oleh
15/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Menguruskan ayah pesakit Parkinson dan adik insan istimewa menjadi cabaran kepada guru geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bera di sini, apabila kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mula dilaksanakan tahun lalu.

Bagaimanapun, Roslan Abd Razak, 37, enggan menjadikan itu sebagai alasan menyebabkan rutin setiap paginya pada hari persekolahan bermula seawal jam 5.30 pagi untuk menyelesaikan urusan peribadinya supaya sesi PdPR bersama anak murid yang bermula jam 8 pagi tidak terganggu.

Menurut Roslan, bapanya, Abd Razak Sahidan, 68, disahkan menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu yang sekali gus membataskan keupayaannya untuk mengurus diri manakala adiknya, Mohd Fitri, 33, adalah orang kurang upaya (OKU) kategori mental.

“Jika di sekolah, saya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak murid dengan mengetahui emak (Azizan Che Lah, 66) ada untuk menjaga ayah dan adik…keadaan pasti berbeza kerana berada di rumah, pasti ayah atau adik mengharapkan saya untuk datang membantu apabila dipanggil.

“Sebagai jalan penyelesaian, menguruskan ayah menjadi perkara pertama dilakukan setiap pagi sebelum ke pasar membeli barangan basah dan bergegas pulang bagi bersiap-siap untuk memulakan kelas di Google Meet,” katanya di rumahnya di Felda Rentam di sini, semalam.

Roslan yang sudah 11 tahun bergelar pendidik juga bergelut dengan cabaran lain iaitu penglihatannya kabur akibat silau terlalu tinggi dan masalah jangkitan bermula sejak November tahun lalu, menyebabkan matanya berasa sakit apabila memandang skrin telefon pintar atau komputer riba untuk masa panjang.

Masalah penglihatan juga menyebabkan beliau perlu menggunakan kanta pembesar atau meminta bantuan anak murid untuk ‘membaca’ peta ketika sesi persekolahan berjalan secara bersemuka sebelum ini.

“Saya masih dalam rawatan doktor (masalah penglihatan) dan untuk mengurangkan rasa sakit, saya cuba untuk tidak menggunakan semaksimum masa dalam PdPR, sebaliknya akan menghabiskan sesi setengah jam lebih awal dengan memberikan latihan kepada anak murid.

“Berterima kasih juga pada mereka (anak murid) kerana faham dengan masalah saya. Walaupun ada pelbagai cabaran membiasakan diri dengan suasana baru pandemik Covid-19, saya bersyukur kerana 34 daripada 42 murid saya memperoleh A untuk geografi bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020,” katanya.

Mengakui agak kekok untuk memulakan sesi PdPR pada awalnya, Roslan kini semakin mahir menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran seperti Padlet, Jamboard, Pocket, Kahoot! dan Quizizz selepas dirinya ‘terpaksa meneroka demi mencari kaedah terbaik menyampaikan ilmu.’ 

Selain ‘berguru’ di YouTube, Roslan yang juga anak kedua daripada empat beradik juga tidak segan untuk bertanya kepada rakan guru dan adiknya, Rosnan, 31, yang juga pendidik jika ada aplikasi kurang difahami, selain turut menyertai ceramah penggunaan aplikasi itu.

Belajar daripada pengalaman, Roslan juga menyusun jadual kelasnya supaya sukatan pelajaran yang paling panjang diajar lebih awal supaya semua bab dapat dihabiskan sebelum sesi persekolahan berakhir selain mengelakkan anak murid tertekan di akhir waktu.

“Setakat ini, kehadiran di PdPR untuk kelas saya sekitar 80 ke 90 peratus kerana ada masanya pelajar berdepan masalah internet atau masalah lain di rumah. Lazimnya mereka akan memaklumkan terlebih dahulu jika tidak dapat menyertai kelas Google Meet atau jika talian internet tidak bagus, mereka akan menghantar mesej kepada saya.

“Bagi memastikan mereka tidak ketinggalan, saya akan muat naik apa yang diajar pada hari itu di Padlet sama ada dalam bentuk PowerPoint atau PDF supaya murid boleh memuat turun nota pada bila-bila masa yang sesuai.

“Sebagaimana saya sendiri mempunyai urusan peribadi di rumah, saya melihat anak murid juga begitu. Sebab itu saya memberikan tempoh masa sewajarnya untuk mereka menghantar tugasan selain cuba bersikap fleksibel kepada murid yang berkongsi masalah mereka. Asalkan mereka mencuba sebaik mungkin untuk belajar,” katanya. – myMetro Online

Tags: geografiGurupandemik COVID-19PdPRSPM 2020
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunku Ismail Tawar Diri Kemudi Harimau Malaya

Next Post

Berhati-Hati Tangani Propaganda Antivaksin

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Berhati-Hati Tangani Propaganda Antivaksin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd