Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2 Premis Jual Makanan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima dua aduan penyalahgunaan nombor...

KPDNKK Kedah Rampas 1,051...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah...

5 Sebab Kenapa Perlu...

PARTI-PARTI pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan bercita-cita mahu membentuk kerajaan di Putrajaya...

Bank Pembangunan Sarawak Mula...

KUCHING – Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), milik kerajaan negeri Sarawak dengan modal berbayar...

CEUPACS Boleh Simpan Cadangan Bijak Anda

SEMALAM, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) secara tiba-tiba mengeluarkan cadangan ampu kerajaan yakni para ahlinya derma kepada Tabung Harapan secara sukarela dan melalui pemotongan gaji sebanyak RM10.

Sebelum lebih lanjut, hendak dimaklumkan kepada CEUPACS, sebarang cadangan bersifat bodek hendaklah dihadkan kepada diri para pemimpin tertinggi kesatuan itu sahaja.

Idea-idea bagi menampakan diri tersebut kononnya hebat tidak sepatutnya melibatkan jutaan ahli walaupun mungkin dibuat secara sukarela.

Selain bersifat membodek, mungkin Tuhan nak tunjuk kebodohan CEUPACS apabila semalam juga Bank Dunia memperbetulkan persepsi salah yang cuba ditanam kerajaan PH berhubung hutang negara.

Bank Dunia dengan jelas memberitahu hutang Malaysia adalah terkawal dan hampir semua hutang adalah dalam Ringgit Malaysia yang menyediakan risiko terhad kepada kerajaan daripada segi pendedahan kepada tukaran asing.

“Hampir 70 peratus daripada hutang berkenaan juga adalah hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi tiga tahun, sekali gus mennyediakan risiko terhad daripada aspek terma pulang nanti,” kata Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr Richard Record.

Beberapa perkara dapat dirumus daripada penjelasan Bank Dunia itu;


-Penyebaran fahaman Malaysia konon hendak bankrap ternyata satu penipuan bertujuan menakutkan rakyat dan membenci kerajaan dahulu.

-Tiada keperluan untuk mewujudkan Tabung Harapan. Cuma perlu ada kerajaan yang cekap untuk meneruskan kerja cemerlang kerajaan BN terdahulu.

-Selama ini ekonomi negara ini adalah amat kukuh seperti yang perna diakui sendiri oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zetti Aziz.

-10 Janji 100 Sehari sepatutnya dilaksanakan kerana kedudukan hutang negara adalah terkawal. Mungkin kerajaan PH yang ada ini lemah sehingga Menteri Pertahanan gagal membezakan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan PLKN, sebagai contoh menyebabkan janji-janji berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

-CEUPACS tak perlu nak tunjuk pandai dan bagus dengan cuba minta ahli menyumbang kepada sesuatu yang tidak perlu (Tabung Harapan tidak diperlukan kerana hutang negara terkawal – ulang balik kot ada yang tak faham). – MYNEWSHUB,TV

Kategori