Bunga Sakura Taiwan, Tidak Hanya Di Jepun & Korea!

RATA-rata rakyat Malaysia sememangnya sukakan melihat bunga-bungaan apabila mereka melancong ke negara luar.

Apabila sebut sahaja bunga Sakura, ramai yang menganggap perlu ke Jepun atau Korea untuk melihat bunga ini.

Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa bunga sakura juga banyak terdapat di negara TAIWAN!

Pada awal tahun, rata-rata daerah di Taiwan kelihatan cantik dan umpama lautan ‘pinky’ dengan kehadiran bunga-bunga sakura ini.

Mengambil salah satu contoh tempat lawatan menarik di Taiwan, iaitu Sun Moon Lake.

Tasik semulajadi ini sememangnya telah terkenal di kalangan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Terbentang luasnya tasik kebiruan, gunung yang menghijau dan bunga Sakura yang ‘pinkish’ menjadikan tasik ini bersesuaian untuk dilawati pada awal Februari sehingga akhir Mac! Jika berpeluang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menaiki bot sambil menghirup udara segar yang menenangkan jiwa.

SALAH SATU LALUAN PEJALAN KAKI DI SUN MOON LAKE

Qingjing, atau dikenali dengan “Foggy Eden” merupakan ladang yang menghijau di kawasan pergunungan.

Ladang Qingjing adalah tempat terbaik bagi pelancong yang ingin menikmati udara segar, hutan yang menghijau, dan pelbagai jenis bunga yang tumbuh segar di sini.

Bunga Cherry Blossom juga boleh dilihat sekitar awal Februari hingga akhir Mac. Selain itu, di utara ladang ini terdapat kawasan ternakan kambing dan lembu yang dibiarkan bebas berkeliaran. Pelancong boleh mendekati haiwan-haiwan jinak ini dan bergambar kenang-kenangan!

KAWASAN BERBUKIT DIPENUHI DENGAN BUNGA SAKURA DI KAWASAN PERGUNUNGAN QINGJING

Terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari metropolitan Taipei, Ladang Wuling yang terletak di daerah Taichung juga turut terdapat bunga Cherry Blossom. Keluasan ladang yang beribu hektar menjadikan Wuling salah satu tempat yang istimewa untuk melihat keindahan bunga ini.

Pelbagai species bunga sakura menjadikan gunungnya seperti ‘sakura wonderland’! Perjalanan ke sini agak memakan masa, tetapi keindahan di sini dapat menghilangkan keletihan semasa perjalanan.

Untuk info, bunga sakura mekar di Wuling sekitar pertengahan Februari sehingga pertengahan Mac sahaja.

SALAH SATU SPOT DI WULING YANG KELIHATAN SEAKAN-AKAN TEROWONG BUNGA SAKURA

Wah… nampaknya bunga Sakura boleh juga dilihat di daerah Danshui, kira-kira radius 30 km ke bawah dari Taipei!

Jika anda melancong ke Taiwan pada akhir bulan Februari hingga pertengahan Mac, anda masih berpeluang untuk melihat lautan sakura di Wuji Tianyuan Temple.

Kedudukan tokong ala-ala pagoda ini yang dipenuhi bunga-bunga sakura menjadikannya antara salah satu ‘spot’ paling cantik untuk bergambar kerana kelihatan seperti di dalam lukisan.

BUNGA SAKURA YANG INDAH DI CELAH-CELAH TOKONG WUJI TIANYUAN YANG TERSERGAM INDAH

Terletak di utara Taipei, Yangmingshan National Park turut terdapat ‘sakura pink wonderland’ bagi penggemar-penggemarnya.

Gunung ini juga merupakan rumah kepada lautan sulfur, kolam air panas semulajadi dan gunung berapi terbesar di Taiwan, iaitu Seven Star Mountain.

Di Yangmingshan, anda boleh melihat bunga sakura mekar sekitar awal Mac sehingga awal April. Lebih menarik, tiada caj lawatan dikenakan kepada pengunjung!

KAWASAN PERGUNUNGAN TAMAN NEGARA YANGMINGSHAN KELIHATAN LEBIH SEJUK DIHUJANI BUNGA SAKURA
BUNGA SAKURA GUNUNG JENIS ‘PRUNUS CAMPANULATA’ BANYAK TERDAPAT DI KAWASAN ALISHAN

Alishan merupakan tempat spot Instagrammer sakura terkenal bagi pengguna media sosial, yang berlangsung dari pertengahan Mac sehingga pertengahan April.

Di sini, bunga sakura yang ditanam adalah dari jenis Sakura Gunung atau nama saintifiknya ‘Prunus Campanulata’. Di sini, terdapat lebih 3,000 pokok sakura yang mekar mampu menarik penggemar fotografi untuk ‘capture’ pemandangan yang tidak mungkin dilupakan dalam seumur hidup mereka.

Antara spot yang menarik untuk bergambar di Alishan adalah Mei Yuandan balai polis. Selain itu, Alishan Guest House Square, dan Railway turut terkenal bagi perakam memori.

INGIN MEMBUAT TEMPAHAN?

Anda perlu hantarkan kami butiran terlebih dahulu supaya kami dapat update anda jika masih ada kekosongan pada tarikh percutian anda.

Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang semasa pendaftaran dan bayaran penuh 20 hari sebelum berlepas.Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi dan pendaftaran sila hubungi di talian 03-91002101/03-91002004. Anda juga boleh menghubungi melalui aplikasi whatsapp di talian 013-3615604. – MYNEWSHUB

Loading...