• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Lancar ‘InfoDeptBN’ Tangkis Berita Fitnah, Palsu

oleh
11/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Jika jirannya, Malaysia ada portal Sebenarnya.My yang diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Brunei turut tidak ketinggalan mengikut jejak sama.

Semalam, Jabatan Penerangan Brunei di Pejabat Perdana Menteri (PMO) melancarkan aplikasi InfoDeptBN dalam usaha menangkis segala berita palsu dan fitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap negara kecil tersebut.

Ia dirasmikan Timbalan Menteri di PMO, Dato Paduka Awang Haji Haman Haji Abu Bakar bersempena sambutan ulang tahun ke-65 jabatan tersebut sebagai jentera komunikasi kerajaan terhadap kepentingan rakyat Brunei.

“Aplikasi ini diwujudkan sebagai sistem maklumat sehenti yang akan menjelaskan dan memperbetulkan berita kurang tepat selain spekulasi liar mengenai Brunei,” kata pemangku Pengarah Penerangan, Mawardi Mohammad.

InfoDeptBN juga mencatat sejarah tersendiri untuk jabatan tersebut sejajar moto ‘Membudayakan Masyarakat Bermaklumat’ dan dalam usaha mencapai aspirasi jangka panjang menerusi inisiatif Wawasan Brunei 2035.

“Kita turut berhasrat menjadikan ia portal penerangan isu semasa sekali gus menjimatkan bajet tahunan kerajaan mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak risalah kempen, buletin berkala dan sebagainya,” jelas beliau.

Mawardi juga menggesa rakyat memanfaatkan aplikasi mudah alih tersebut dan berterusan menyokong usaha jabatan dalam penyampaian tepat segala dasar kerajaan serta maklum balas positif terhadap usaha pemerintah.

Antara data disediakan dalam InfoDeptBN ialah maklumat berkaitan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah termasuk titah baginda, tajuk berita yang pernah disiarkan serta forum interaktif antara baginda dan rakyat.

Sebagai usaha mempromosikan aplikasi itu, satu kempen jerayawara bakal diadakan di seluruh negara antaranya di Times Square Shopping Centre; Bumiputera Complex, Pekan Bangar; KB Sentral, Belait dan Petani Mall, Tutong.

Program anjuran Jabatan Penerangan Brunei itu akan membolehkan rakyat didedahkan dengan cara betul menggunakan aplikasi tersebut dan kesedaran berhubung maklumat tidak sahih. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Brunei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd