• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Antara Wira Tangani Wabak Covid-19

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi tanggungjawab mengetuai operasi pembasmian kuman merupakan antara wira yang terlibat dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sehingga kini, sejumlah 6,066 operasi telah dilaksanakan oleh JBPM di seluruh negara meliputi sanitasi di tempat awam dan disinfeksi kawasan pusat kejadian.

“Operasi turut melibatkan pemindahan awam, pemeriksaan keselamatan kebakaran stesen kuarantin, pengurusan jenazah serta lain-lain tugas,” katanya dalam perutusan sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2020 hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam pada itu, beliau berkata, tugas yang digalas anggota bomba kini semakin mencabar dan mereka wajar diberikan penghargaan paling tinggi kerana sanggup meletakkan diri dalam pelbagai situasi bahaya demi menyelamatkan nyawa dan harta benda.

“Mereka (anggota bomba) sentiasa bersedia menabur bakti, tanpa mengira masa, kaum dan agama.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JBPM atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Zuraida turut memaklumkan tepat 12 tengah hari, sebanyak 316 balai bomba di seluruh negara akan membunyikan siren selama 30 saat, diikuti dengan bertafakur bagi mengingati anggota-anggota bomba yang terkorban dan tercedera ketika bertugas.

“Sambutan ini merupakan satu penghormatan yang amat besar serta bermakna kepada seluruh warga JBPM dan ia menjadi pendorong serta pembakar semangat kepada mereka untuk terus menabur bakti dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Tags: BombaCovid-19JBPMkoronavirusoperasi sanitasi awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masjid, Surau Akan Dibuka Jika Garis Panduan Diluluskan

Next Post

Suspek Langgar Koperal Safwan Direman

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Suspek Langgar Koperal Safwan Direman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd