• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Umum Calon PRK Tanjung Piai Akhir Bulan Ini

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada penghujung bulan ini, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Tambah beliau, pengumuman akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN pada 26 atau 27 Oktober depan di ibupejabat BN.

“Itu akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi BN dalam mesyuarat cuma dari segi pengurusan 26 atau 27 Oktober depan.

“Atau kita terpaksa tunggu PH umum calon dan kita akan umum calon kita selepas itu,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya samada UMNO akan meletakkan calon, Annuar berkata, ia akan diputuskan berdasarkan kaji selidik yang dibuat kepada pengundi Tanjung Piai.

Malah katanya, laporan itu kubu ditangan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keputusan adalah terletak di tangan beliau untuk menentukan parti komponen mana yang akan meletakkan calon.

“Kita telah selesai satu kajian sensitiviti dan kajian sikap pengundi di Tanjung Piai dan kita dapati ada kepelbagaian pendapat.

“Ada yang nak UMNO sebab MCA tidak menang baru-baru ini, kenapa tidak cuba con daripada UMNO. Ada juga nak MCA sebab kalah tidak banyak kenapa tidak beri peluang kedua kepada MCA,” katanya lagi.

Selasa lalu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, MIC mahu calon BN daripada MCA pada PRK Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November ini.

Beliau berkata, UMNO tidak boleh merampas kerusi parlimen itu dan menegaskan persefahaman yang terbina antara UMNO dan MCA di Tanjung Piai juga wajar dipertahankan.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung. – FMT

Tags: Annuar MusaBarisan NasionalPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Perempuan 5 Tahun Maut Terjatuh Lubang Kumbahan

Next Post

SPR Nafi Ada Pilihan Raya Negeri Di Perak

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

Annuar Musa Sah Mohon Sertai PAS

20/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan dirinya sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai PAS....

Next Post

SPR Nafi Ada Pilihan Raya Negeri Di Perak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd