Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Seru Akhiri Krisis...

NEW YORK - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang...

Maklumat Palsu Agihan BR1M...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelar tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan...

1MDB: SPRM Sekali Lagi...

PUTRAJAYA — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dipanggil...

Mayat Lelaki Asing Ditemui...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di tasik berhampiran...

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja maut, tiga parah manakala enam mangsa terperangkap di bawah runtuhan konkrit di tapak pembinaan di KL Eco City, berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata seramai 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pantai dan Seputeh terbabit dalam operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.33 petang itu, binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat runtuh dan setakat ini dipercayai lima hingga enam pekerja dipercayai terperangkap.

Anggota bomba masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan beberapa mangsa sementara pihaknya mengesahkan tiga pekerja binaan kriktikal dan seorang cedera.

Seorang pekerja binaan warga Vietnam dilaporkan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Baca: 3 Pekerja Parah Selepas Binaan Konkrit Runtuh

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap


Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

Kejadian runtuhan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di empat buah jalan utama antaranya bermula di pintu gerbang Lebuhraya Persekutuan, Kerinchi Link selepas Tol Pantai.

Turut sesak ialah Persimpangan Kerinchi sama ada dari Bangsar South atau Pusat Perubatan Pantai, dan Jalan Syed Putra dari Sekolah Kuen Cheng hingga ke Persimpangan Robson. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori