Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

T’ganu Tidak Turun Ke...

KUALA TERENGGANU - Terengganu tidak akan bermain pada perlawanan suku akhir kedua Piala...

Uji Tambah Kesal Ada...

MUNGKIN akibat tertekan dengan keadaan menimpa dirinya, penyanyi yang popular ketika era 1970-an,...

Harga Kereta Secara Keseluruhan...

KUALA LUMPUR - Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai...

Program STREAM Tabika Kemas...

JASIN - Kerajaan akan memperkenalkan pelbagai jenis modul pembelajaran untuk diterapkan di semua...

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja maut, tiga parah manakala enam mangsa terperangkap di bawah runtuhan konkrit di tapak pembinaan di KL Eco City, berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata seramai 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pantai dan Seputeh terbabit dalam operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.33 petang itu, binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat runtuh dan setakat ini dipercayai lima hingga enam pekerja dipercayai terperangkap.

Anggota bomba masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan beberapa mangsa sementara pihaknya mengesahkan tiga pekerja binaan kriktikal dan seorang cedera.

Seorang pekerja binaan warga Vietnam dilaporkan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Baca: 3 Pekerja Parah Selepas Binaan Konkrit Runtuh

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap


Binaan Runtuh: 1 Maut, 3 Parah, 6 Terperangkap

Kejadian runtuhan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di empat buah jalan utama antaranya bermula di pintu gerbang Lebuhraya Persekutuan, Kerinchi Link selepas Tol Pantai.

Turut sesak ialah Persimpangan Kerinchi sama ada dari Bangsar South atau Pusat Perubatan Pantai, dan Jalan Syed Putra dari Sekolah Kuen Cheng hingga ke Persimpangan Robson. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori