• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Kuliah Maghrib Kemudian Menari – Abdul Hadi

oleh
12/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRK RANTAU – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas ceramah kempen Barisan Nasional (BN) PRK Rantau di sini malam tadi.

Menurutnya, seorang pemimpin sepatutnya pandai membezakan tujuan memberikan kuliah dan berhibur dalam siri kempen pilihan raya.

“Kami (PAS) bekerja keras untuk menangkan (Datuk Seri) Mohamad Hasan, pilihan raya bukan macam peraduan peragawati, nak pamerkan pakaian di luar nampak elok di belakang koyak.

“Tempat orang Melayu pakai Melayu, tempat India pakai India, tempat Cina pakai Cina, tempat kuliah maghrib (beri) kuliah maghrib, tempat menari (dia boleh) menari.

“Ucapan saya tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang meninggal dunia,” selorohnya dalam Ceramah Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di tapak pasar malam Taman Angsana dekat sini.

Hadir sama calon PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden MCA, Datuk Ti Lian Ker, serta Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.

Turut kelihatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Untuk rekod ini kali pertama Hadi bersama kepimpinan MCA dan MIC sepentas dalam siri ceramah.

Ujar Ahli Parlimen Marang itu, PAS berusaha kuat untuk memenangkan calon BN setelah parti itu bekerjasama dengan UMNO yang mengetuai blok pembangkang.

Biar pun Abdul Hadi tidak menyebut nama namun jelas kenyataan itu merujuk kepada Presiden PKR.

Dalam siri kempen PRK DUN Rantau, Anwar dilihat pernah menari menyanyi lagu Tamil hampir tiga minit bersama seorang artis yang berpakaian seperti pelakon terkenal dari India, MG Ramachandran (MGR).

Dalam pada itu, Hadi turut sinis mengenai jumlah kehadiran di ceramah-ceramah PH.

“Alhamdulillah, sambutan sangat baik di luar dugaan saya kehadiran pada malam ini. Dimaklumkan ada parti dia ceramah orang tak ramai nak bagi ramai buat tempat sempit, saya cadang letak cermin kiri kanan,” sambil disambut gelak ketawa lebih 3,000 orang yang hadir. – MalaysiaGazette

Tags: Abdul Hadi AwangBarisan NasionalPASPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Hilang Kerja Selepas Levi Pelepasan Diperkenalkan

Next Post

Tapak Projek Rapid Pengerang Terbakar

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Next Post

Tapak Projek Rapid Pengerang Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd