Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Beri Bantuan Kepada...

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan memberi bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami...

3 Vaksin COVID-19 Dilulus...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan pendaftaran secara bersyarat tiga vaksin COVID-19 untuk...

Gambar Persiapan Resepsi TMJ,...

Hari ini akan berlangsung resepsi perkahwinan di Raja antara Tengku Mahkota Johor dan...

40 Tentera Kem Rasah...

SEREMBAN - Sebanyak 40 anggota tentera bersama lima buah trak dari Markas 1...

Belum Temui Petunjuk Baharu Pencarian Acap

KOTA BHARU – Pasukan mencari dan menyelamat belum menemui petunjuk baharu dalam usaha mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019 yang hilang sejak lebih dua minggu lepas.

Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Abdul Razak Muda berkata, skop keluasan pencarian telah diperluaskan sebanyak radius 50 kilometer.

“Hari ini memasuki hari ke-18 tempoh pencarian, kita dapati tiada petunjuk baharu yang diperoleh walaupun telah menggunakan dua jenis anjing pengesan iaitu untuk mengesan mangsa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal namun ianya tidak membawa kepada sebarang penemuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 Tahun 2019 di Kompleks Islam Darul Naim malam tadi.

Perkhemahan selama lima hari bermula 7 April lalu telah diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tangok yang disertai 704 kadet bomba daripada 16 kontinjen di seluruh negara.

Hadir merasmikan majlis penutupan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Seni, Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Razuki A. Rahim.


Abdul Razak berkata, jika sebelum ini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) beranggapan Mohamad Ashraf tergelincir atau terjatuh, tetapi apabila keluasan pencarian sudah menjangkau sebanyak 50 kilometer, kemungkinan tersebut terpaksa diubah.

“Saya dimaklumkan kemungkinan mangsa menghilangkan diri, ataupun ada kemungkinan yang beliau di culik.

“Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, dan seramai 50 anggota bomba akan menyertai operasi pencarian secara besar-besaran dengan pihak polis pada Sabtu ini,” katanya.

Kategori