• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS) akan memanfaatkan peluang pelaburan yang luas daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Dalam pertemuan dengan Majlis Perniagaan AS-ASEAN (AS-ABC) hari ini, beliau berkata RCEP merupakan antara pembolehubah untuk membantu Malaysia memperkasakan semula aktiviti perniagaan domestik dan antarabangsa.

“Pandemik telah menunjukkan kepentingan perdagangan antarabangsa dan kerjasama serta hubungan antara rantaian bekalan serantau.

“Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia terus menjadi ekonomi terbuka, dengan dasar pro-perniagaan dan pragmatik yang menyokong iklim pelaburan di negara ini,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ismail Sabri berkata Malaysia telah melengkapkan proses ratifikasinya mengenai perjanjian perdagangan mega itu dan telah mengemukakan Instrumen Ratifikasi negara kepada Sekretariat ASEAN di Jakarta.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa di Malaysia pada 18 Mac 2022, katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata AS-ABC mempunyai peranan perundingan yang utama, apabila selama ini, majlis itu telah membantu menjayakan agenda integrasi serantau selain meningkatkan hubungan antara AS dan negara-negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia.

“Melihat ke hadapan, dengan memanfaatkan sinergi antara kerajaan dan sektor swasta, saya optimis bahawa kita akan dapat membuka laluan kepada pertumbuhan yang berdaya tahan dan mampan,” kata Ismail Sabri.

Katanya masih terdapat banyak aspek positif untuk masa depan yang boleh dijangka, terutamanya jika kedua-dua pihak mengambil kira kecekapan ekonomi yang boleh diperoleh dengan perluasan ke rantau ASEAN.

Katanya beliau gembira dengan minat dan penyertaan yang berterusan daripada AS-ABC dalam menyokong ASEAN dan Malaysia untuk menggalakkan agenda transformasi digital.

Beliau berharap ini dapat membawa kepada kerjasama yang lebih baik dalam bidang digital, dengan perniagaan AS memacu mewujudkan tenaga kerja digital yang cekap di negara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata dengan libat urus yang lancar antara kerajaan, Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, ini boleh menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan yang menarik dan hab rantaian bekalan di ASEAN.

AS telah menjadi rakan dagang ketiga terbesar Malaysia sejak 2015.

Walaupun perdagangan global mencatatkan defisit pada 2020, beliau berkata Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan sebanyak 8.2 peratus dari segi jumlah perdagangan dengan AS, mencecah AS$42.6 bilion.

Bagi tempoh Januari-November 2021, jumlah perdagangan Malaysia dengan AS meningkat sebanyak 20.7 peratus untuk mencecah AS$47.35 bilion, berbanding tempoh sama pada 2020.

Selain itu, AS adalah pelabur asing kedua terbesar Malaysia dari segi pelaksanaan projek pembuatan.

Bernama-

Tags: Amerika Syarikatpeluang pelaburanRCEP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

04/11/2025
0

Dah mula dah..... AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Kerjasama Dalam BRICS Laporan Mynewshub Tarikh: 4 November 2025 AS Tegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd