Bahrain Guna Hydroxychloroquine Rawat Pesakit Covid-19

MANAMA – Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19), kata Pengerusi Majlis Tertinggi Kesihatan, Leftenan Jeneral Dr. Shaikh Mohamed bin Abdullah Al Khalifa.

Dr. Shaikh Mohamed merangkap Ketua Pasukan Petugas Kebangsaan untuk membanteras Covid-19 mendedahkan perkara itu pada Selasa, lapor agensi Berita Bahrain (BNA).

Ubat itu dilaporkan berpotensi untuk merawat gejala disebabkan virus Covid-19.

Bahrain telah menggunakan ubat itu pada 26 Februari, selepas kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 24 Februari.

Hydroxychloroquine digunakan sebagai ubat mencegah dan merawat penyakit malaria, diskoid dan artritis reumatoid.

Loading...