• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APEC 2020 Akan Diteruskan – Azmin

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan mesyuarat yang berkaitan yang dijadualkan pada tahun ini akan diteruskan seperti dirancang berikutan negara-negara anggota telah menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri forum itu, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesemua 21 negara anggota perkumpulan itu berharap mesyuarat tersebut akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan mengenai Covid-19 dan terdapat rancangan untuk menukar lokasi awal bagi mengurangkan pergerakan delegasi.

“Terdapat keperluan untuk memastikan tempat dan lokasi itu tidak terlalu banyak untuk mesyuarat tersebut supaya ia berjalan lancar,” katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas mempengerusikan mesyuarat pertamanya sebagai menteri kanan kementerian itu dengan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah bidang kuasanya di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, Mohamed Azmin diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi kementerian oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Ali Hakim.

Mesyuarat APEC 2020 yang pertama melibatkan pegawai-pegawai – Menteri-menteri APEC yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan pada awalnya dijadualkan pada 20 hingga 21 April 2020 di Sabah telah dicadangkan untuk dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Mohamed Azmin berkata, persiapan APEC perlu dilakukan secara sistematik untuk menjadikan APEC sebagai ‘showcase’ bahawa Malaysia bersedia untuk bersaing di peringkat global dan bekerjasama dengan negara-negara anggotanya untuk menangani masalah yang dihadapi.

Pada mesyuaratnya dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu, Mohamed Azmin mengingatkan mereka keperluan untuk bergerak cepat bagi memastikan cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan perkhidmatan yang diperlukan disediakan dengan segera berikutan negara sedang berdepan dengan krisis.

Beliau berkata, penting untuk meningkatkan pelaburan domestik susulan Covid-19 dengan meningkatkan produktiviti dalam negara dan meninjau pasaran baharu seperti negara-negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk seramai 650 juta orang.

“Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada impak Covid-19 ialah kita tidak boleh terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) semata-mata.

“FDI itu penting untuk mewujudkan pekerjaan dan membawa aliran modal ke dalam negara, tetapi pelaburan domestik juga penting untuk menghadapi kemungkinan seperti ini.

“Kami juga sedang meneliti semula Pakej Rangsangan Ekonomi untuk melihat keperluan sektor lain, dan mereka yang menerima impak daripada Covid-19, termasuk pengeksport bahan kimia dan pengimport bahan mentah ke dan dari China.

“Selain itu, kami juga akan melihat bagaimana kami dapat melibatkan mereka dari sektor runcit, yang menghadapi permintaan rendah untuk membantu mereka meningkatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan mereka,” katanya.

Mohamed Azmin turut bercakap mengenai keperluan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus menerima teknologi terkini, termasuk Internet of Things (IoT), robotik dan automasi.

Mengenai kekurangan sumber kewangan yang dihadapi oleh PKS, menteri kanan itu berkata, beliau akan meneliti perkara itu.

Tags: APEC 2020Covid-19Mohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Sindir Mahathir Dakwa Beliau Punca PH Tumbang

Next Post

WHO Isytihar Covid-19 Sebagai Pandemik

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

WHO Isytihar Covid-19 Sebagai Pandemik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd