• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Gesa Azmin Hadir Mesyuarat, Beri Penjelasan

oleh
19/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menghadirkan diri ke Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan malam esok.

Gesaan itu disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan Azmin ‘wajib hadir’ bagi memberi penjelasan berhubung perjumpaannya bersama kira-kira 20 ahli Parlimen di kediaman rasminya malam tadi.

“Tentu kita akan minta penjelasan dulu. Isu ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan. Jadi patut beliau beri penjelasan.

“(Beliau perlu hadir esok?) Ya, itu sepatutnya. Timbalan presiden wajib hadir,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya pertemuan itu dilakukan atas kapasiti kerajaan atau parti, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata;

“Saya tidak tahu, sebab itu saya minta lebih baik beri penjelasan. Kalau atas kapasiti parti atau kerajaan, mengapa Ahli Parlimen lain tidak diundang?” soal beliau.

Sinar Harian melaporkan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) melakukan pertemuan dengan Mohamed Azmi di kediaman rasminya malam tadi.

Wakil rakyat berkenaan dipercayai berada di situ sejak 7 malam sebelum beransur-ansur meninggalkan kediaman Ahli Parlimen Gombak itu mulai 11 malam dengan yang terakhir dilihat keluar ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Antara yang dilihat keluar ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) dan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (BN-Maran).

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang turut hadir ketika diminta mengulas lanjut mendakwa tiada apa-apa yang dibincangkan dalam pertemuan berkenaan.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik). – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Sihat Dan Masih Mahu Bekerja – Guan Eng

Next Post

PMO Sahkan Mahathir Sihat, Sudah Kembali Bertugas

Related Posts

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

Isu Badan Kehakiman Dijangka Selesai Dalam Tempoh Terdekat

14/07/2025
0

PUTRAJAYA: Isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Perkara itu antara dibincangkan dalam...

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

ASEAN Mesti Kekal Prinsip Perjuang Keadilan, Suara Warga Tertindas – PM

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR - ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana...

Next Post

PMO Sahkan Mahathir Sihat, Sudah Kembali Bertugas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd