Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPKT Mahu Jual Sendiri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berbincang...

Gambar: Kronologi Penemuan Kubur...

SEPANJANG bulan Mei ini, pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama...

Tun M Umum Pakatan...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan...

JPJ Iktiraf Sumbangan Awam...

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Izham...

Anwar Dakwa Majoriti Ahli Parlimen Hantar Surat Pada Agong

PUTRAJAYA – Majoriti ahli Parlimen pembangkang dan beberapa daripada kerajaan dikatakan sudah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon kebijaksanaan baginda menilai semula alasan dipersembahkan Perdana Menteri membabitkan isu darurat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, majoriti ahli Parlimen itu sudah menghantar surat berkenaan kelmarin.

Beliau berkata, apabila kerajaan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, ahli Parlimen berasa bertanggungjawab untuk menyuarakan keluhan rakyat.

Jangan Risau… Klik Sini

“Ya benar, sekarang ini (bilangan) ahli Parlimen yang menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong itu sudah mencecah lebih daripada majoriti.

“Bukan membantah, (sebaliknya) merayu ihsan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang, melihat semula, mengkaji alasan yang kami kira, yang dibawa Perdana Menteri itu, tidak munasabah, tidak cukup kuat.

“Maka, kami memohon untuk Yang di-Pertuan Agong menimbang dan kita terima keputusan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, tadi.

Anwar yang juga Presiden PKR, berkata, ahli Parlimen terbabit termasuk dirinya memohon supaya Yang di-Pertuan Agong untuk mendengar hujah yang dikemukakan mereka berhubung pengisytiharan perintah darurat itu untuk dipertimbangkan.

Pada masa sama, Anwar berkata, perkara kedua membabitkan urusan Parlimen berikutan ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan sidang Parlimen berjalan walaupun dalam keadaan darurat.

Beliau berkata, walaupun Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong membuat Proklamasi Darurat, Perkara 150(3) pula membolehkan sidang Parlimen berjalan seiring dengan perintah darurat itu


Selain itu, Anwar berkata, permohonannya di mahkamah pula bukan menyentuh soal darurat itu sendiri sebaliknya untuk mendapatkan keputusan untuk Parlimen boleh terus bersidang.

Katanya, akan dibuat dalam seawal esok.

Sementara itu, ketika menjawab soalan, Anwar berkata, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tidak sama dengan sidang Parlimen kerana ia tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Beliau berkata, ia hanya dianggotai empat ahli Parlimen kerajaan dan tiga Ahli Parlimen pembangkang.

“Kita sambut dan putuskan untuk menghantar wakil dan jawatankuasa itu adalah jawatankuasa bebas, bukan terdiri daripada kuasa eksekutif.

“Maknanya mereka akan dengar dan memberi pandangan dan pandangan itu lebih menjurus kepada pengisytiharan darurat, bila patut dihentikan dan sebagainya. Itu bukan penyelesaiannya,” katanya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah menghantar surat kepada Menteri Undang-Undang untuk mendapatkan penjelasan mengenai siapa pengerusi jawatankuasa serta apa tugas ahli sebelum nama wakil pembangkang dikemukakan. – myMetro Online

Kategori