• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tun M Bekal Petrol Kenderaan Kerajaan?

oleh
30/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAYA…. Selepas kecoh dengan isu Opcom Holdings yang Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mokhzani Mahathir dapat tender RM11 juta daripada Telekom Malaysia, kini timbul pula isu baru!

Seorang lagi anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Mirzan turut menggemparkan dunia korporat tanah air apabila dilaporkan berjaya dapat tender bekal minyak petrol untuk semua kenderaan kerajaan Malaysia.

Berita itu tular dalam kalangan netizen apabila ramai pengguna media sosial tempatan berkongsi tangkap layar memaparkan salinan pekeliling Kementerian Kewangan bertarikh 3 Ogos lalu yang dihantar kepada semua jabatan.

Berdasarkan memo khas itu yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, asalnya dikirim kepada Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Fuel International Sdn. Bhd., Faridah Ali.

Mirzan mempunyai saham terbesar dalam firma minyak dan gas utama di Filipina sejak 2011 yang turut memiliki kepentingan menerusi syarikat arak terkemuka berpusat di negara majoriti Kristian itu, San Miguel Corporation.

Ia kemudian mengambil alih pengurusan lebih 600 stesen minyak jenama Esso dan Mobil pada 2013, sekali gus jadi pesaing terkuat kepada syarikat minyak dan gas milik penuh kerajaan, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Namun, ramai netizen kutuk keras pekeliling ‘bocor’ itu sebagai bukti Mahathir cuba beri kekayaan segera kepada anaknya dan tidak kenang jasa Petronas baru sahaja serah dividen RM24 bilion kepada kerajaan untuk tahun ini.

Walhal sebelum ini, Mahathir ‘hina’ penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang miskin sebagai malas kerja akibat terlalu dimanjakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu tetapi tidak pula jika libat kepentingan anaknya.

Antaranya termasuklah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang secara sinis menulis menerusi akaun Instagram: “Kayalah Mirzan, dulu semua kenderaan kerajaan pakai minyak Petronas, syarikat minyak negara.

“Sekarang, semua kenderaan kerajaan kena guna minyak syarikat anak Perdana Menteri, Petron. Hari ni rakyat telan bulat-bulat tohmahan negara konon muflis akibat dirompak dan rasuah berleluasa ketika era BN dahulu.

“Apa pihak SPRM buat apabila Opcom dapat tender TM tiga hari lepas Mahathir jadi PM? Ni seorang lagi anak Mahathir dapat bekal minyak kepada kerajaan, SPRM nak tutup mata juga ke? Mungkin bagus tutup aje SPRM.

“Jangan haraplah Anwar Ibrahim, Nurul Izzah atau Rafizi Ramli nak tegur Mahathir dan bela nasib rakyat. Semua bacul, pejuang rakyat konon!” jelas Lokman merujuk pemimpin PKR itu yang dahulu lantang bercakap isu rasuah.

Sekiranya memo yang tular dalam kalangan netizen itu adalah sahih, terbuktilah kerajaan Pakatan Harapan jauh lebih teruk ‘rompak’ kekayaan negara dan amat berbeza dengan pentadbiran telus sebelum ini. – Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar sindiran…

Tags: Datuk Seri Mokhzani MahathirMirzan MahahirPetronSan Miguel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pilih Petron! Kenapa Bukan BHP, Caltex?

31/08/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelantikan Petron Fuel International Sdn. Bhd. sebagai pembekal petrol dan diesel kepada kenderaan...

Kenapa Anwar Kena ‘Senyap’ Isu Petron?

31/08/2018
0

BISU... Jika sebelum ini, pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim paling lantang kutuk Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama isu kekayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd