• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Mengamuk Pembantu Rumah Mencuri

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA melihat laman sosial pemilik rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri sudah tentu dapat melihat keakrabannya dengan pembantu rumah.

Ada yang berpendapat, layanan Aliff Syukri terhadap tiga pembantu rumahnya termasuk seorang tukang kebun tidak seperti majikan dengan pekerja tetapi seperti kawan.

Namun, dugaan buatnya di bulan Ramadan ini apabila salah seorang daripada pembantu rumahnya ditangkap kerana mencuri pagi tadi.

Menerusi dua rakaman video ‘live‘ di laman Facebook, Aliff Syukri  mendedahkan pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja telah mencuri wang tunai dan kain sutera bertatahkan batu Swarovski asli dari Itali yang dibeli untuk isterinya.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg dibalas dengan saya,” katanya.

Kemarahan Aliff terhadap pembantu rumahnya itu tidak dapat disembunyikan sehingga dia mengarahkan wanita itu dihantar ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Namun, pembantu rumah itu merayu dan melutut supaya tidak diserahkan kepada polis kerana menyesal dengan perbuatannya.

Pembantu rumah yang ditangkap kerana mencuri itu enggan diserahkan kepada agen kerana bimbang bertukar kerja dan tidak mahu pulang ke Indonesia.

Bagaimanapun, tindakan Aliff Syukri untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dilarang isterinya, Datin Nur Shahida kerana kasihan dengan pembantu rumah tersebut yang merayu minta dilepaskan.

Netizen menyarankan Aliff Syukri membuat laporan polis supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah disamun dua pembantu rumahnya dari Indonesia pada 2014.

Sementara itu, satu lagi rakaman video memaparkan tiga pembantu rumah Aliff Syukri bersemuka dengannya dan mengadu masalah di kalangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Aliff SyukriMencurimengamukpembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd