Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Putin Guna ‘Kembar’ Untuk...

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan menggunakan khidmat penyamar yang mempunyai rupa...

9,900 Kit Makanan Diedar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,300 set Kit Makanan Permulaan diedarkan di Terengganu dan...

Bonus 1 1/2 Bulan...

KUCHING – Semua penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus sebanyak satu...

Elaun Kenangan Veteran Masih...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan masih menilai kesesuaian pemberian elaun kenangan kepada veteran...

Aliff Aziz Marah, Bella Tak Mahu Panjangkan Cerita

PADA 4 November lalu, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz seakan-akan mengamuk apabila Afifah Nasir menyatakan hubungannya dengan Bella Astillah sudah seperti biasa.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Afifah itu, Aliff menerusi Instagramnya meminta pelakon baharu tersebutt untuk berterus terang dan bercakap benar.

Baca: Aliff Aziz Minta Afifah Supaya Bercakap Benar

Sementara itu, isteri Aliff, Bella menyatakan yang dia tidak mengetahui apa yang terjadi pada mulanya. Entri yang dimuat naik suaminya itu pun dilihat pada waktu petang hari tersebut.

Akui Bella, entri tersebut menunjukkan Aliff seakan-akan marah, namun dia tidak mengetahui punca kemarahan suaminya itu.

“Saya tak tahu apa punca dia menulis status itu, tapi daripada bahasa yang digunakan Alif seperti sangat marah.

“Saya tidak bertanya lanjut tentang hal itu kerana tak mahu memanjangkan cerita. Apa sebab membuatkan dia marah, alasan itu ada pada dia,” katanya dipetik mStar Online.

Jika dilihat entri yang dimuat naik Aliff, jelas menunjukkan pelakon kelahiran Singapura itu seakan-akan berang dengan kenyataan yang dilemparkan Afifah.

Namun, bagi Bella, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut dan mahu fokus untuk kehidupannya bersama keluarga.


“Saya dah move on dan tak nak panjangkan lagi kisah itu. Malah, saya tak nak tahu apa-apa hal berkaitan pihak sana.

“Sekarang ini saya hanya mahu fokus dengan keluarga sahaja. Tak nak fikir lagi tentang benda lepas,” tambahnya.

Dalam pada itu, Bella ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya. Jika dilihat kapsyen yang ditulisnya itu seakan-akan menunjukkan Bella masih mengingati apa yang telah berlaku.

Namun, dia percaya kehidupan sebelum ini dengan apa yang telah terjadi menjadi permulaan hidup baharu buat diri, suami serta putera tunggal mereka ketika ini.

“Keajaiban akan berlaku bagi orang-orang yang sabar, insyaAllah dan kuatkan semangat kerana sabar itu indah,” tulisnya.

Terdahulu, perkahwinan yang dibina dilanda badai sehingga mencetuskan pergaduhan kecil melibatkan pihak polis. Namun, kini mereka sudahpun memaafkan dan tekad memulakan perjalanan baharu. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori